Monday, April 12

Perundingan kolektif di Malaysia 

Hak untuk perundingan
 
Kesatuan sekerja di negara-negara membangun pada secara umumnya diketahui agak lemah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran di Barat. Kesatuan sekerja yang kuat dan bebas sahaja yang dapat menggunakan hak tawar menawar secara efektif, Menurut Rabiu S. S dan Kamal H.H. (2016) amalan perundingan kolektif dinegara membangun dilihat terlalu lemah untuk proses tawar menawar dengan berkesan bersama pihak majikan. Oleh itu, Kesatuan sekerja di Malaysia masih berada pada tahap lemah terutama berkaitan dasar perundangan mengenai penubuhan, dan keanggotaan kesatuan sekerja. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kesan sosial yang tidak seimbang antara pekerja dan majikan kerana standart pekerjaan ditentukan oleh pihak majikan dan secara implikasi akan menimbulkan suasana kerja yang tidak efektif. 

Sumber: Rabiu S. S. dan Kamal H. H. (2016). The Right to Collective Bargaining in Malaysia in the Context of ILO Standarts. Asian Journal of Comparative Law. Vol. 1:1-20p.


No comments:

Post a Comment