Kepentingan tindakan kolektif dan keadaan ketenangan
buruh di seluruh dunia memerlukan analisis yang baru. Menurut Kelly (2015 : 1),
tema bagi keterlibatan berdasarkan tiga sumbangan utama dalam hubungan pekerjaan.
Menurut Kelly (2015 : 1) lagi:
“Hanya di bawah 50 tahun lalu, selepas gelombang
mogok dunia 1968-74, konflik antara buruh-pengurusan menjadi topik penyelidikan
utama di Britain dan di tempat lain. Sejak itu, konflik perindustrian telah
menurun secara drastik dan juga telah mempengaruhi minat akademik. Walaupun
Kegigihan yang begitu meluas tentang apa yang dijelaskan oleh Shalev (1992)
yang digambarkan sebagai “labour quiescence”.
Tindakan kolektif masih menjadi
topik utama kajian yang mempunyai tiga sebab utama. Pertama, mogok mempunyai
dua ramalan utama yang berkaitan dengan ekonomi dan politik, menganggu aliran
pendapatan majikan dan hal “serangan politik”dikatakan akan mencabar dasar
kerajaan.
Kedua, tindakan mogok dan tindakan kolektif yang lain menyebabkan
berlakunya pertembungan asas perhubungan yang akan menjalinkan hubungan yang
tidak sihat.
Ketiga, corak tindakan kolektif dan pengurusan organisasi tidak
memberi nilai dalam pergerakan buruh dan perjuangan kelas (Vandaele, 2010).
Implikasi utama dari transformasi ini
adalah menyumbang kepada keharmonian perindustrian yang menjadi keutamaan atau
syarat penting Syarikat Langsung Asing (FDI) yang beroperasi di Malaysia.
Namun, telah mempengaruhi pergerakan kesatuan sekerja sehingga menyebabkan
“labour quiescence” yang bermula pada tahun 1980-an hingga 2000-an. Sepanjang
tempoh itu, kesatuan sekerja terus berfungsi namun tanpa ‘hak untuk mogok’ dan
menghadapi banyak halangan daripada pihak majikan terutamanya berkaitan
kesatuan sekerja. Selain itu, amalan ‘union busting’ oleh pihak majikan terus
berlaku dengan hanya sedikit kawalan daripada pihak agensi kerajaan. Semua
amalan ini telah mencipta perdebatan mengenai bagaimana perjuangan pemimpin
kesatuan sekerja dan berfungsi dalam konteks tersebut dan bagaimana mereka
dapat berjuang. Berdasarkan hal ini, beberapa bentuk tindakan kolektif baru
telah muncul yang disebabkan oleh perubahan pola struktur hubungan pekerjaan
dan perkembangan revolusi 4.0. Kewujudan dan kepentingan komunikasi dan
teknologi digital telah memberi kelebihan kepada kesatuan sekerja dalam
melaksanakan fungsi kesatuan sekerja dalam mobilisasi.
Menurut Hirsch (2015):
“berbeza dengan kesatuan yang mempunyai kepakaran dalam melakukan tindakan
kolektif- media sosial yang berbentuk digital memainkan peranan penting
terhadap pekerja yang tidak berorganisasi. Hal ini disebabkan oleh, kebanyakan
pekerja tidak mempunyai pengalaman terhadap kesatuan dan tidak mempunyai
kepakaran dalam berkesatuan untuk dapat menghasut serta mengekalkan tindakan
kolektif.
Oleh itu, komunikasi elektronik dilihat dapat membantu merapatkan
jurang tersebut. Kelebihan ini akan dikaji dalam kajian ini dengan
menghubungkan perubahan struktur kerja dan jenis tindakan kolektif yang baharu
di Sabah.