Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tuesday, September 19

KeNaLi SHRREU

Ditubuhkan pada tahun 2000, Kesatuan Pekerja Pekerja Hotel, Resort dan Restoran Sabah (Sabah Hotel, Resort and Restaurant Employee Union) sehingga kini telah menandatangani beberapa Perjanjian Kolektif.

Ikuti kisah pengenalan mereka


Semoga lebih ramai pekerja hotel, resort dan restoran menyertai kesatuan . Maklumat lanjut sila berhubung dengan SHRREU di alamat berikut:

Sabah Hotel, Resort & Restaurant Employee`s Union 

19, Tingkat 3, Blok C, Lintas Square,

Peti Surat 15192

88869 Kota Kinabalu, Sabah.

alamat FaceBook: https://www.facebook.com/people/SHRREU/100067397282452/


Friday, April 2

Kesatuan Sekerja- Pandemik Covid-19

Hadir dan bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah

Petikan dari Face Book JHEKS

SEMINAR PERANAN DAN HALA TUJU KESATUAN SEKERJA DALAM SITUASI PANDEMIK COVID-19, di Sabah Oriental Hotel,Kota Kinabalu, Sabah

Seminar ini dihadiri oleh 72 orang peserta dari 25 buah kesatuan sekerja dari seluruh negeri Sabah. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia, En. Kamal bin Pardi turut hadir untuk sesi perbincangan bersama kesatuan sekerja. Selain itu,seramai 4 orang penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) turut hadir di program ini. Manakala En.Mohd Zaki Zainon dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Sabah turut dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk'Hubungan Kesatuan & Majikan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967

sumber: FB JHEKS

Sedikit berita bergambar

Sesi bersama Ketua Pengarah JHEKS Malaysia

Perwakilan dari 25 buah Kesatuan Sekerja

sempat bertanyakan berkaitan usaha untuk meningkatkan bilangan keahlian kesatuan sekerja dan JHEKS mensasarkan keahlian Sejuta orang menjelang tahun 2022.

Semoga kesatuan terus berfungsi demi kepentingan pembangunan negara


Saturday, March 20

Laporan SosioEkonomi Sabah 2019

 Mengandungi maklumat berkaitan bilangan penduduk, bilangan tenaga buruh dan bilangan pekerjaan

Sumber: IDS 

https://ids.org.my/main/wp-content/uploads/2021/01/Labour-Force.jpg




Tenaga Buruh
Tenaga buruh di Sabah meningkat dengan purata pertumbuhan tahunan 3.5 peratus antara tahun 2010 hingga 2019. Sejumlah 2,025.7 ribu orang tenaga buruh direkodkan pada tahun 2019 berbanding 1,937.6 ribu orang pada tahun 2018. 

Dalam tempoh yang sama, bilangan penduduk bekerja turut meningkat kepada
1,908.6 ribu orang pada tahun 2019 daripada 1,825.5 ribu orang pada tahun 2018.


Monday, January 18

CUEPACS SABAH

 Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Servises
















KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

Kesatuan ini dianggotai oleh beberapa kesatuan sekerja di Sabah. Antaranya ialah:

1) Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah (Sabah Medical Services Union).
2) Kesatuan Sekerja Kastam diRaja Sabah (KESKES)
3) Kesatuan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS)
4) Kesatuan Juruteknik JKR Sabah.
5) Kesatuan Pekerja pekerja Jabatan Air Sabah.
6) Kesatuan Pekerja pekerja Jabatan Pertanian Sabah.
7) Kesatuan Guru Guru Kerajaan Negeri Sabah (KGKS).
8) Kesatuan Pekerja pekerja Keretapi Negeri Sabah.


Thursday, September 3

MAJLIS PENASIHAT BURUH SABAH

 Cadangan Kerajaan Terdahulu

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sabah berhubung cadangan untuk mewujudkan Majlis Penasihat Buruh Sabah (SALC) di negeri itu.

Menterinya, M Kula Segaran berkata kementeriannya sentiasa terbuka untuk membincangkan apa juga perkara berkaitan kepentingan pekerja dalam semua sektor  




sumber 

Berita penuh :