Showing posts with label Mogok. Show all posts
Showing posts with label Mogok. Show all posts

Monday, September 18

BaCK 2 BaSiCS

 Increasing number of strike which the action by trade union which really represent the concept of collective action.

Situation in USA

Situation in UK


Back to 100 years ago 1926... which economy crisis was in the peak until 1930s.


Tuesday, July 27

Hartal Doktor Kontrak

 Situasi luar biasa disebabkan kepakaran dan kepentingan mereka sangat diperlukan namun status pekerjaan masih bertaraf kontrak. Perbandingan antara peranan dan status ini sesuatu yang bersifat selari, namun hakikatnya ia berlaku secara bertentangan. Beberapa penjelasan mungkin boleh dilakukan bagi memahami situasi ini dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang mungkin.


Bilakah isu ini bermula?
Apakah isu berkaitan PEKERJAAN KONTRAK?
Apakah Hartal?
Bagaimanakah penyelesaian?

Tanpa disedari, isu ini telah bermula sejak beberapa tahun lepas apabila berlaku ketidakserasian antara bilangan Doktor yang dihasilkan dengan PROSES PERJAWATAN. 

Keadaan bertambah rumit apabila situasi kesihatan awam setelah penyebaran wabak Covid-19. Dengan itu, desakan demi desakan telah dilakukan agar suatu pendekatan dilakukan bagi menyelesaikan isu kontrak ini ke jawatan tetap.

Bacaan Lanjut: Boikot Kerja

Namun begitu, persoalan berkaitan penggunaan perkataan HARTAL menimbulkan keraguan terhadap kesesuaian dan impaknya kepada yang mengambil bahagian. Tindakan hartal telah digunakan oleh rakyat Tanah Melayu pada tahun 1947 (20 Oktober) bagi menentang GAGASAN MALAYAN UNION

Tuesday, June 1

TRADE UNION

- Kesan Mogok  

Mogok adalah aspek paling penting dalam konflik industri. Mogok ditakrifkan sebagai penghentian kerja sementara dalam usaha mengejar keluhan atau permintaan. Namun dalam praktiknya, sukar untuk memisahkan mogok dari bentuk ekspresi perselisihan industri yang lain kerana majikan mengunci pekerja dan pekerja sendiri melakukan tindakan mogok. Adalah lebih berguna untuk melihat kedua-dua fenomena itu sebagai sebahagian daripada situasi konflik, bukan sebaliknya. Jarang berlaku mogok atas satu masalah dengan sebab yang jelas boleh dikaitkan dengan beberapa masalah lain yang tidak langsung dapat dilihat oleh pemerhatian yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerana penyelesaian untuk mereka telah lama datang.

Sumber: Dim, EthelMary O, Muogbo, Uju Sussan and Akpunonu, Uju Evans. (2017). Effect of Strike/ Industrial Action on Organizational Conflict. International Journal of Trend in Research and Development, Volume 4(6), ISSN: 2394-9333 www.ijtrd.com.

Wednesday, April 14

Persaingan dan mogok Kesatuan: "Muti-Unionism"

Penyelidikan perbandingan antarabangsa mendapati bahawa insiden mogok lebih tinggi di mana dua atau lebih kesatuan tawar-menawar dengan majikan (multi-unionism), seperti yang biasa berlaku di kebanyakan negara Eropah. Kesatuan Muti-unionism adalah kesatuan yang mendorong persaingan dengan menggunakan propaganda pemogokan untuk menarik anggota atau bersaing satu sama lain dengan proses tawar menawar tuntutan mereka.



Sumber : 

Akkerman, Agnes (2008) "Union Competition and Strikes: The Need for an Analysis at the SectorLevel," Industrial & Labor Relations Review, Vol. 61, No. 4, article 1.Available at: http://digitalcommons.ilr.cornell.edu/ilrreview/vol61/iss4/1

Wednesday, February 10

Tindakan Kolektif -1947

Menurut Saat (2010:81):

"Melalui akhbar-akhbar yang disebutkan sebelum ini, disebarkan propaganda mengenai penubuhan parti politik Melayu dan rancangan mogok yang akan diadakan. Liputan mengenai tindakan mogok disebarkan secara meluas dan sokongan padu dinyatakan melalui akhbar tempatan, misalnya pertubuhan buruh Malayan Rubber Workers, telah menyatakan pendirian tegas dan secara terbuka untuk melancarkan mogok di Johor, Pahang Barat, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor pada 30 Ogos 1947

Bacaan Lanjut KLIK SINI

Friday, November 27

 

Union Competition and Strikes: The Need for Analysis at the Sector Level


International comparative research has found that strike incidence is higher where two or more unions bargain with an employer ("multi-unionism"), as is common in most European countries, than where only one union does, all else equal. Two proposed explanations for this relationship, both invoking inter-union rivalry as the main dynamic, are that under multi-unionism, unions (a) make propagandistic use of strikes to attract members, or (b) compete with each other by bidding up bargaining demands. To date, the evidence bearing on these hypotheses has been equivocal because, the author argues, researchers have focused on activity at the national level rather than at the lower levels that are more commonly the nexus for strike formation. The author performs empirical tests using industry-sector-level data for seven European countries for the years 1990-2006, and finds evidence clearly favoring the competitive bargaining hypothesis over the propaganda hypothesis.


Sumber: click here


Friday, November 13

Persatuan Foodpanda melancarkan mogok disetiap negeri sebagai tanda mereka tidak bersetuju dengan sistem kerja yang diamalkan oleh Foodpanda akan memudaratkan pendapatan kumpulan ini. 


Ratusan rider Foodpanda mogok di KL


laporan penuh: tekan sini

Kesan daripada aktivti mogok yang dijalan oleh ratusan rider telah menarik perhatian kepimpinan kerajaan untuk memantau dan mengetahui isu yang sedang dialami oleh pekerja. Melalui perhimpunan ini, pihak kerajaan telah mengutarakan isu yang dihadapi kepada peringkat parlimen untuk dibincangkan dan diperhalusi oleh pihak kerajaan . 

[LIVE] Sesi dialog Syed Saddiq bersama 'rider' Foodpanda


laporan penuh : lihat disini

Wednesday, November 4

5000 Pekerja Mogok dibuang kerja- Ashulia, Bangladesh

Dhaka: Hampir 5,000 pekerja kilang pakaian jenama antarabangsa dibuang kerja selepas melakukan demonstrasi berhubung isu gaji beberapa minggu lalu di Ashulia, Bangladesh

Menurut polis, ribuan pekerja kilang yang dituduh mencuri dan melakukan kerosakan dalam protes itu sudah dipecat namun kesatuan pekerja mendakwa industri itu cuba menakutkan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 9:27 PM

sumber:Artikel penuh

Wednesday, October 28

Mogok ('On strike',1957)

 Mogok yang dilakukan pada zaman 1957 berpunca daripada amalan pihak pengurusan yang dilihat melakukan diskriminasi, pembuangan pekerja dan layanan yang tidak baik daripada pihak pengurusan.. 

Perjuangan kelas pekerja dalam usaha menuntut hak mereka yang tertindas.

Saksikan Filem ini;

"Hak pekerja harus ditentukan oleh pekerja sendiri"

Nonton sini


siaran alternatif: FB https://ar-ar.facebook.com/109597632906556/videos/126451291221190/

Monday, October 5

Pekerja Mogok = Kenaikan gaji

 

Tindakan kolektif merupakan tindakan yang dapat dilakukan oleh kesatuan sekerja sekiranya mengalami jalan buntu ataupun keingkaran pihak majikan terhadap perundingan bersama (CA).
IPOH- Hampir 50 orang pekerja mewakili Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen (CIEU) mengadakan mogok di hadapan kilang berkenaan apabila Perbincangan Bersama (CA) menemui jalan buntu.
“Akibat rasa tidak puas hati, kesatuan telah membuat mogok, malahan aduan juga telah dibuat kepada pihak JPP untuk mengadakan mesyuarat perdamaian di mana dua mesyuarat telah dibuat yang mana dipengerusikan oleh Pengarah JPP sendiri

sumber : klik sini

Monday, September 21

Mogok kesatuan sekerja Air France jejas penerbangan

 April 2, 2018 


tindakan kolektif (Mogok) yang dijalankan dalam perkhidmatan pengangkutan mampu melumpuhkan sektor ekonomi negara.


PARIS: Air France menjangkakan penerbangannya hanya beroperasi 75 peratus pada hari pertama mogok esok, serentak dengan mogok kakitangan rangkaian kereta api yang bakal melumpuhkan perkhidmatan pengangkutan di Perancis.

Sementara itu, pengguna komuter Perancis menjadi huru-hara lewat petang tadi, apabila beberapa siri mogok membabitkan separuh daripada kakitangan kereta api di seluruh negara menyertai mogok itu.

Mogok yang dijangka berlangsung selama tiga bulan, dua hari berturut-turut dijangka menjadi ujian terbesar kepada kemampuan Presiden Emmanuel Macron untuk meneruskan pembaharuan perkhidmatan buruh dan ekonomi.


berita penuh : klik here

Friday, September 18

Piket, Mogok dan Lock-Out Sebagai Tindakan Kolektif

 

Pendahuluan 

Piket, mogok dan lock-out merupakan tindakan kolektif. Piket dan mogok merupakan tindakan yang dilakukan oleh pekerja manakala lock-out tindakan yang boleh diambil oleh pihak majikan. Ketiga-tiga tindakan kolektif ini merupakan tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang dan merupakan hak seseorang pekerja dan majikan. Namun, hal ini hanya dilakukan sekiranya kedua-dua pihak mengalami "jalan buntu".

1. Piket 

Piket ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan.
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja secara aman bagi tujuan:
      i.                   Mendapatkan atau menyampaikan maklumat
     ii.                   Memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau tidak bekerja         apabila  wujudnya pertikaian perusahaan 

Walaubagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
      i.               Secara aman
     ii.            Tidak mengancam mana-mana orang
    iii.             Tidak menhalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara langsung dalam peretikaian tersebut; dan
   iv.         
Pegawai atau pekerja sekerja boleh hadir hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin serta memastikan bahawa pekrja-pekerja itu mematuhi peruntukan berkenaan
Waktu yang dibenarkan untuk melakukan piket ialah diluar waktu kerja iaitu:
      i.                  Pada waktu makan tengahari
     ii.                Sebelum; atau
    iii.               Selepas waktu kerja 

Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut:
      i.                    Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau
     ii.                   Denda tidak melebihi satu ribu ringgit; atau
    iii.                  Kedua-duanya sekali

Piket tidak lagi dibenarkan apabila pertikaian telah dirujuk kepada mahkamah perusahaan untuk timbang tara.

3. MOGOK
Mogok ertinya tindakan memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu atau keenganan yang dibuat bersama atau kefahaman yang sama yang bertujuan untuk menghasilkan sekatan, halangan, pengurangan, penangguhan atau menamatkan perlaksanaan keseluruhan atau mana-mana tugas berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Peruntukan-peruntukan  mengenai tindakan mogok terdapat di dalam APP 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS).

Secara mudahnya, mogok adalah pemberhentian kerja oleh sekumpulan pekerja termasuklah percubaan untuk menghadkan atau melambatkan pengeluaran dengan sengaja.
Mogok melibatkan beberapa keadaan seperti berikut:
a.                  Melambatkan kerja (go slow)
b.                  Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c.                  Enggan membuat kerja lebih masa.

Tindakan mogok boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran dan jika ia dilakukan dengan sengaja ia dikira mogok. Pengurangan pengeluaran akan memberi impak kepada keuntungan syarikat dan ini akan memaksa majikan untuk membuka semula pintu rundingan dengan pekerja.

Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan Perlu (Essential services) kerana dalam organisasi sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk bekerja lebih masa oleh majikan. Jadual dibawah seksyen 2 APP 1967 menyenaraikan pekerjaan yang tergolong sebagai Perkhidmatan Perlu ini.

3. Lock- Out (Sekat Masuk)

Tutup pintu (lock-out) didefinasikan dibawah S.2 APP sebagai:
a.                   Penutupan sesuatu tempat pekerjaan; atau
b.                  Menggantung kerja; atau
c.             Keengganan seorang majikan untuk menggaji sejumlah pekerja yang digajikan olehnya, sebagai perlanjutan pertikaian perusahaan, dilakukan dengan maksud untuk memaksa pekerja – pekerja tersebut untuk menerima syarat danterma kerja atau untuk memberi kesan kepada pekerjaan.

Syarat untuk tindakan tutup pintu sama seperti pekerja hendak melakukan mogok. Selain tutup pintu majikan boleh membuat alternative lain seperti mengambil pekerja pengurusan untk meneruskan operasi, atau mengambil pekerja sementara. Manakala majikan boleh menutup terus operasi kilang atau pengeluaran jika dirasakan tuntutan pekerja sudah melampau. Dengan ini pekerja akan kehilangan pekerjaan.

sumber :klik sini


Mogok = Tindakan Kolektif

 Mogok atau pemogokan secara umum merupakan salah satu bentuk atau kaedah yang mengandungi ciri tindakan kolekif.

Dalam konteks masyarakat Barat, mogok dinamakan sebagai Strike atau dalam Bahasa Malaysia bererti 'menyerang'?...

terdapat banyak kajian berkaitan mogok telah dilakukan. Beberapa contoh adalah seperti berikut:

Reviving Strike in USA

Kajian awal pemogokan di Malaysia






dan banyak lagi kajian seumpamanya


Thursday, September 10

The Union Way

 

Labour movement- 


The lack of members being involved in decision-making and union actions has also developed in an overall lack of interest. The dearth of new leaders is also problematic, and we find the same old people retaining union leadership positions for years and years.

Things need to change, if unionism and the labour movement are to become stronger and more effective, but standing in the way are the existing leaders of unions.

It is easy to blame the government and existing laws, but if workers and unions are not ready to fight for better rights together, then the legislative hurdles to overcome will only get taller.

There must be a “union way” – a collective struggle with all workers standing together in solidarity, not a handful of representatives working without the participation or support of their members.


Sumber :berita penuh



Wednesday, September 9

 

SOKONGAN KESATUAN SEKERA TERHADAP NIAT PEKERJA UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN KOLEKTIF

 

Menurut Sinclair, (2001) sokongan yang diberikan kepada ahli kesatuan sekerja akan mendorong niat seseorang untuk menyertai tindakan kolektif yang dilancarkan oleh kesatuan sekerja tersebut. Menurut  hasil kajian yang dijalankan keatas 2448 responden dalam kalangan pekerja yang mempunyai kesatuan sekerja di pusat membeli belah Amerika Syarikat mendapati kesetiaan para pekerja terhadap kesatuan sekerja mempengaruhi ahli kesatuan untuk menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan oleh kesatuan sekerja yang mereka wakili. Selain itu, Kajiian Martin, (1986) juga berpendapat bahawa tindakan kolektif dapat dijalankan sekiranya mendapat sokongan yang penuh daripada kesatuan dan berkomitmen untuk menyertai akiviti kesatuan yang telah dirancang.

Namun, berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Murray & Reshef, (1988) yang berpendapat bahawa sokongan kesatuan sekerja tidak mempengaruhi sepenuhnya terhadap tindakan kolektif pekerja. Beliau berpendapat bahawa sokongan kesatuan sekerja tidak mendorong secara keseluruhannya. Hal ini kerana, tidak semua kesatuan mampu dan berkeinginan untuk melancarkan tindakan melainkan akan mencuba menggunakan cara yang lain bagi penyelesaian masalah bersama dengan pihak majikan.

Oleh itu, kenyataan diatas jelas memperlihatkan bahawa tindakan kolektif tidak hanya melibatkan seorang individu sahaja melainkan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak bagi membentuk tindakan yang berkesan dan seterusnya mendapat perhatian daripada pihak majikan mahupun pihak kerajaan. Kejayaan tindakan kolektif akan mampu mengubah terma dan kondisi pekerjaan dan mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi terhadap pekerja.

 

Rujukan

Martin J, & Sinclair, R. (2001). A Multiple Motive Perspective on Strike Propensities. Journal Of

Organizational Behavior, Vol.22 (4), 387-407.

Martin, J. (1986). Predictors of individual propensity to strike. Industrial and Labour Relations Review,

Vol.39, No.2, 214-227

Murray, A., & Reshef, Y. (1988). American Manufacturing Unions’ Stasis: A Paradigmatic             

            Perspective.Academy of Management Review 13, 639-652

 

 

Tuesday, September 8

Piket di Malaysia

Piket yang berlaku di Malaysia.

Antaranya;

 

Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia

 

                                                                            Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/476566/kakitangan-hsbc-piket-tuntut-hak

KUALA LUMPUR: Lebih 200 kakitangan HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC) menyertai piket bagi mendesak syarikat perbankan itu menghentikan pelanggaran hak asasi terutama membabitkan pekerja berpendapatan rendah

 

                                                              Sumber :

 https://www.bwint.org/cms/malaysia-sfi-workers-picket-for-their-wages-621

Workers at Sabah Forest Industries (SFI) in Sipitang, Sabah have been picketing for eight days now, demanding action on unpaid wages, health and safety and union recognition. They have not yet received their wages from last month and their employer retirement contributions have gone unpaid since November 2016.

 

                                                              Sumber : https://web.facebook.com/MSIATUC/photos/a.1482343018507644/1482344728507473/?type=3&theater

-          Piket yang dilakukan Oleh STIEU- Sabah Timber Employee Union