Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, November 1

eRTi BeRKeSaTuaN

 Lebih kurang setahun yang lalu di bulan Oktober. Peluang mengkaji dan memahami RUM memberikan pengalaman bernilai berkaitan indahnya tempat kerja.


Ucapan Presiden



Sesuatu akan dilakukan untuk mencatat perjuangan RUM


Tuesday, July 27

Hartal Doktor Kontrak

 Situasi luar biasa disebabkan kepakaran dan kepentingan mereka sangat diperlukan namun status pekerjaan masih bertaraf kontrak. Perbandingan antara peranan dan status ini sesuatu yang bersifat selari, namun hakikatnya ia berlaku secara bertentangan. Beberapa penjelasan mungkin boleh dilakukan bagi memahami situasi ini dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang mungkin.


Bilakah isu ini bermula?
Apakah isu berkaitan PEKERJAAN KONTRAK?
Apakah Hartal?
Bagaimanakah penyelesaian?

Tanpa disedari, isu ini telah bermula sejak beberapa tahun lepas apabila berlaku ketidakserasian antara bilangan Doktor yang dihasilkan dengan PROSES PERJAWATAN. 

Keadaan bertambah rumit apabila situasi kesihatan awam setelah penyebaran wabak Covid-19. Dengan itu, desakan demi desakan telah dilakukan agar suatu pendekatan dilakukan bagi menyelesaikan isu kontrak ini ke jawatan tetap.

Bacaan Lanjut: Boikot Kerja

Namun begitu, persoalan berkaitan penggunaan perkataan HARTAL menimbulkan keraguan terhadap kesesuaian dan impaknya kepada yang mengambil bahagian. Tindakan hartal telah digunakan oleh rakyat Tanah Melayu pada tahun 1947 (20 Oktober) bagi menentang GAGASAN MALAYAN UNION

Wednesday, June 30

MALAYSIA TRADE UNIONS DATABASE

 Content various data regarding trade union movement in Malaysia including research, statistics and various information.

We are trying to contribute with specialty about trade union in Sabah

MALAYSIA TRADE UNIONS DATABASE


Tuesday, April 27

 Latar Belakang Tindakan perusahaan 

Apabila berlaku sesuatu pertikaian antara kesatuan sekerja dengan majikan gagal diselesaikan secara damai, pihak yang bertikai akan cuba mendesak menggunakan cara yang lebih agresif bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka yang mana tindakan ini boleh dianggap sebagai tindakan perusahaan. 

Di Malaysia, mogok terawal dalam konteks tindakan perusahaan dilaporkan apabila Parti Komunis Malaya berjaya menyatukan pekerja-pekerja bukan mahir menubuh pergerakan bawah tanah (underground movement) serta mengadakan mogok beberapa kali dalam tahun 1930-an. Berikutan itu, pihak kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Trade Union Enactment pada tahun 1946 

Penggubalan undang-undang pada ketika itu adalah bertujuan mengekang penglibatan parti komunis dalam kesatuan sekerja, menghadkan saiz dan kuasa kesatuan sekerja dengan menghalang penubuhan kesatuan sekerja bagi pekerja am dan mengawal serta memantau pergerakan mereka dengan mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja. 

Sumber: Jabatan perhubungan Perusahaan Malaysia Kementerian Sumber Manusia. http://jppm.mohr.gov.my


Tuesday, April 13

Kesatuan Sekerja di Malaysia 

Makalah ini mengkaji pandangan pekerja dan majikan dari syarikat bersatu mengenai kesatuan sekerja di Semenanjung Malaysia. Sebilangan besar anggota bukan pekerja berpendapat bahawa majikan tidak menunjukkan sikap positif terhadap kesatuan pekerja di tempat kerja. Peranan individu dan bukannya aspirasi kolektif pekerja jelas ditekankan oleh majikan. Tahap tinggi penentangan majikan terhadap penyatuan jelas merupakan petunjuk peranannya dalam pengikisan perwakilan kolektif, yang menyebabkan pengurangan usaha pengorganisasian kesatuan. Persekitaran perniagaan global yang sangat kompetitif dan dinamik telah menjadi pemacu utama dalam sikap majikan terhadap kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja perlu mengkaji semula strategi pengorganisasian mereka, serta prosedur dan proses dalaman mereka. Kesatuan sekerja harus melampaui peranan tradisional mereka dan terlibat dalam aktiviti yang strategik untuk komuniti dan majikan mereka.

Sumber: Reference: Che Rose, Raduan and Kumar, Naresh and Ramasamy, Nagiah (2011) Trade unions in Malaysia: Perspectives of employers & employees of unionized companies. Indian Journal of Industrial Relations, 46 (3). pp. 384-395. ISSN 0019-5286

Monday, April 12

Perundingan kolektif di Malaysia 

Hak untuk perundingan
 
Kesatuan sekerja di negara-negara membangun pada secara umumnya diketahui agak lemah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran di Barat. Kesatuan sekerja yang kuat dan bebas sahaja yang dapat menggunakan hak tawar menawar secara efektif, Menurut Rabiu S. S dan Kamal H.H. (2016) amalan perundingan kolektif dinegara membangun dilihat terlalu lemah untuk proses tawar menawar dengan berkesan bersama pihak majikan. Oleh itu, Kesatuan sekerja di Malaysia masih berada pada tahap lemah terutama berkaitan dasar perundangan mengenai penubuhan, dan keanggotaan kesatuan sekerja. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kesan sosial yang tidak seimbang antara pekerja dan majikan kerana standart pekerjaan ditentukan oleh pihak majikan dan secara implikasi akan menimbulkan suasana kerja yang tidak efektif. 

Sumber: Rabiu S. S. dan Kamal H. H. (2016). The Right to Collective Bargaining in Malaysia in the Context of ILO Standarts. Asian Journal of Comparative Law. Vol. 1:1-20p.


Saturday, April 3

KeSaTuan di Sektor Awam

 Mari mendengar Kesatuan kakitangan Am UTM


Kepentingan dan sumbangan kesatuan sekerja


Thursday, March 11

Undang-undang pekerjaan : Sejarah Perburuhan Di Malaysia

 Kesatuan Sekerja di Sabah Port Sdn.Bhd

Berikut merupakan hasil pelajar Hubungan Industri semester 2- 2017/2018

Youtube Channel : click here

Wednesday, February 10

Tindakan Kolektif -1947

Menurut Saat (2010:81):

"Melalui akhbar-akhbar yang disebutkan sebelum ini, disebarkan propaganda mengenai penubuhan parti politik Melayu dan rancangan mogok yang akan diadakan. Liputan mengenai tindakan mogok disebarkan secara meluas dan sokongan padu dinyatakan melalui akhbar tempatan, misalnya pertubuhan buruh Malayan Rubber Workers, telah menyatakan pendirian tegas dan secara terbuka untuk melancarkan mogok di Johor, Pahang Barat, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor pada 30 Ogos 1947

Bacaan Lanjut KLIK SINI

Tuesday, October 6

Pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

Perubahan pucuk kepimpinan merupakan salah satu faktor yang mampu mengubah corak perburuhan. Hal ini dapat dibuktikan melalui perubahan pemimpin (Perdana Menteri) di Malaysia telah membawa pelbagai perubahan ideologi dan perubahan undang-undang negara khususnya berkaitan dengan kesatuan sekerja di Malaysia. 


                                    DASAR PERBURUHAN DAN IMPAKNYA TERHADAP

                PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA:SATU KAJIAN AWAL

                       Mahadirin Ahmad, Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof, Noor Syakirah Zakaria


Perkembangan pergerakan buruh dan senario hubungan industri di Malaysia telah bermula sejak tahun 1920-an lagi yang turut dipengaruhi oleh dasar pentadbiran British di Tanah Melayu. Sejak detik itu, kesatuan sekerja terus berkembang di Tanah Melayu dan mengalami proses perubahan kesan tindakan kawalan dan pelbagai sekatan termasuklah pengenalan Undang-undang Darurat pada Tahun 1948.Dasar kawalan dan sekatan tersebut terus diamalkan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Berdasarkan tinjauan terhadap sorotan literatur, terdapat perubahan-perubahan tertentu mengenai dasar perburuhan mengikut kepimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri yang turut mempengaruhi sistem hubungan industri di Malaysia. Sejak kemerdekaan dicapai, pemimpin atau Perdana Menteri Pertama di Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman telah mencorakkan sistem hubungan industri yang berubah dari sistem voluntary kepada corak compulsory arbitration melalui penguatkuasaan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967. Manakala perubahan telah berlaku pada zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua, iaitu Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan sistem akomodatif antara kesatuan sekerja dan majikan. Perubahan seterusnya berlaku pada tahun 1976 apabila Tun Hussien Onn telah menggubal dasar perburuhan yang lebih ketat ke atas pergerakan kesatuan sekerja. Perubahan terus berlaku melalui kepimpinan baru pada tahun 1981 di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Muhammad yang telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi menyokong proses perindustrian negara. Antaranya ialah Dasar Pandang ke Timur yang telah menggalakkan kewujudan kesatuan sekerja dalaman. Selain itu, penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut diperluaskan bagi mengawal pemimpin kesatuan yang cenderung bersifat konfliktual. Perubahan seterusnya berlaku pada era pentadbiran Tun Abdullah yang memperkenalkan corak pentadbiran Islamik melalui amalan Islam Hadari sejak tahun 2003. Peringkat seterusnya adalah di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang memperkenalkan program transformasi negara dan konsep 1 Malaysia sejak tahun 2009. Peringkat terkahir ialah pada era Malaysia Baharu di bawah Pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohammad setelah kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018. Berdasarkan senario tersebut, kertas kerja ini akan menjelaskan perubahan dasar kerajaan serta tahap penerimaan pergerakan kesatuan sekerja sepanjang era pemerintahan keenam-enam Perdana Menteri Malaysia. Akhirnya, analisis perubahan tersebut akan dibincangkan berkaitan implikasinya terhadap kelangsungan kesatuan sekerja yang turut mempengaruhi corak hubungan industri di Malaysia.


Sumber : Ahmad, M.,  Kee Mohd Yussof, K.Y.S., Zakaria, N.S., (2019) Dasar Perburuhan dan Impaknya Terhadap Kesatuan Sekerja di Malaysia: Satu Kajian Awal. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), Vol. 5. No. 1, 2019 ISSN 2462-2095 Universiti Malaysia Sabah 


Thursday, September 17

 

MTUC sendiri bantah cadangan memperkasa pekerja?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menuntut agar prinsip kebebasan berpersatuan diterapkan dalam undang-undang perburuhan negara dan menggesa kerajaan supaya meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 87 – Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak Untuk Berorganisasi, 1948 (K87).

Tuntutan ini telah dibangkitkan MTUC sejak 20 tahun lalu dan baru-baru ini tuntutan ini telah dibangkitkan semula oleh MTUC semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva tahun ini (2019)

Keadaan semasa kesatuan sekerja di Malaysia mengalami penurunan kepadatan keahlian

"Peruntukan di bawah undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan lebih daripada sebuah kesatuan di tempat pekerjaan telah menyebabkan monopoli dan manipulasi oleh sesetengah pemimpin kesatuan pekerja. Ini telah menyebabkan keadaan di mana pekerja-pekerja tidak mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana kesatuan yang diingini kerana pada masa kini tiada sebarang alternatif untuk mereka berbuat demikian.

Akibatnya, kebanyakan pekerja tidak bermotivasi langsung untuk menyertai mana-mana kesatuan sekerja. Pada suatu ketika, kepadatan keahlian kesatuan sekerja di negara ini adalah pada kadar 10% dan kini ianya lebih kurang 6% yang mana adalah membimbangkan."


sumber: berita penuh disini

Tuesday, September 15

Sedia bantu penubuhan kesatuan sekerja


 Peranan kerajaan dalam memberi dorongan kepada kesatuan

KERAJAAN mahu mengikis tanggapan umum terutama di kalangan majikan bahawa tiada keperluan menubuhkan kesatuan sekerja sedangkan ia penting dalam menjaga kebajikan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan membantu mana-mana golongan pekerja untuk aktif dalam menubuhkan kesatuan sekerja di tempat kerja masing-masing dan mahu majikan turut memainkan peranan ke arah itu

Katanya, jawatankuasa itu yang akan mengadakan mesyuarat pertama pada 11 November ini dianggotai semua kesatuan sekerja termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Semenanjung, Sabah dan Sarawak; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS); Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) serta semua pihak berkaitan

Katanya, sehingga kini Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) sudah menganjurkan 10 program LEAP di seluruh negara dan beliau meminta JHEKS mengadakan sekurang-kurangnya 90 program lagi dan bukan hanya di ibu negeri tetapi di peringkat daerah.

Sementara itu, Kulasegaran berkata, mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan pada Selasa lalu sudah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi membincangkan perkara berkaitan usaha meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959


berita penuh:klik sini

Monday, September 14

Cuepacs Tuntut lima Janji Kerajaan : Sektor Awam

 

Cuepacs mahu jumpa Perdana Menteri bincang lima tuntutan

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah memohon untuk berjumpa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan status lima tuntutan melibatkan kebajikan penjawat awam yang ditangguhkan berikutan perubahan kerajaan.


“Ia juga melibatkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun dan COLA (Kadar Bantuan Sara Hidup) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak,” jelasnya


berita penuh : klik sini

Tuesday, September 8

Piket di Malaysia

Piket yang berlaku di Malaysia.

Antaranya;

 

Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia

 

                                                                            Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/476566/kakitangan-hsbc-piket-tuntut-hak

KUALA LUMPUR: Lebih 200 kakitangan HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC) menyertai piket bagi mendesak syarikat perbankan itu menghentikan pelanggaran hak asasi terutama membabitkan pekerja berpendapatan rendah

 

                                                              Sumber :

 https://www.bwint.org/cms/malaysia-sfi-workers-picket-for-their-wages-621

Workers at Sabah Forest Industries (SFI) in Sipitang, Sabah have been picketing for eight days now, demanding action on unpaid wages, health and safety and union recognition. They have not yet received their wages from last month and their employer retirement contributions have gone unpaid since November 2016.

 

                                                              Sumber : https://web.facebook.com/MSIATUC/photos/a.1482343018507644/1482344728507473/?type=3&theater

-          Piket yang dilakukan Oleh STIEU- Sabah Timber Employee Union