Showing posts with label Disertasi. Show all posts
Showing posts with label Disertasi. Show all posts

Friday, September 18

Piket, Mogok dan Lock-Out Sebagai Tindakan Kolektif

 

Pendahuluan 

Piket, mogok dan lock-out merupakan tindakan kolektif. Piket dan mogok merupakan tindakan yang dilakukan oleh pekerja manakala lock-out tindakan yang boleh diambil oleh pihak majikan. Ketiga-tiga tindakan kolektif ini merupakan tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang dan merupakan hak seseorang pekerja dan majikan. Namun, hal ini hanya dilakukan sekiranya kedua-dua pihak mengalami "jalan buntu".

1. Piket 

Piket ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan.
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja secara aman bagi tujuan:
      i.                   Mendapatkan atau menyampaikan maklumat
     ii.                   Memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau tidak bekerja         apabila  wujudnya pertikaian perusahaan 

Walaubagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
      i.               Secara aman
     ii.            Tidak mengancam mana-mana orang
    iii.             Tidak menhalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara langsung dalam peretikaian tersebut; dan
   iv.         
Pegawai atau pekerja sekerja boleh hadir hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin serta memastikan bahawa pekrja-pekerja itu mematuhi peruntukan berkenaan
Waktu yang dibenarkan untuk melakukan piket ialah diluar waktu kerja iaitu:
      i.                  Pada waktu makan tengahari
     ii.                Sebelum; atau
    iii.               Selepas waktu kerja 

Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut:
      i.                    Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau
     ii.                   Denda tidak melebihi satu ribu ringgit; atau
    iii.                  Kedua-duanya sekali

Piket tidak lagi dibenarkan apabila pertikaian telah dirujuk kepada mahkamah perusahaan untuk timbang tara.

3. MOGOK
Mogok ertinya tindakan memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu atau keenganan yang dibuat bersama atau kefahaman yang sama yang bertujuan untuk menghasilkan sekatan, halangan, pengurangan, penangguhan atau menamatkan perlaksanaan keseluruhan atau mana-mana tugas berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Peruntukan-peruntukan  mengenai tindakan mogok terdapat di dalam APP 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS).

Secara mudahnya, mogok adalah pemberhentian kerja oleh sekumpulan pekerja termasuklah percubaan untuk menghadkan atau melambatkan pengeluaran dengan sengaja.
Mogok melibatkan beberapa keadaan seperti berikut:
a.                  Melambatkan kerja (go slow)
b.                  Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c.                  Enggan membuat kerja lebih masa.

Tindakan mogok boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran dan jika ia dilakukan dengan sengaja ia dikira mogok. Pengurangan pengeluaran akan memberi impak kepada keuntungan syarikat dan ini akan memaksa majikan untuk membuka semula pintu rundingan dengan pekerja.

Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan Perlu (Essential services) kerana dalam organisasi sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk bekerja lebih masa oleh majikan. Jadual dibawah seksyen 2 APP 1967 menyenaraikan pekerjaan yang tergolong sebagai Perkhidmatan Perlu ini.

3. Lock- Out (Sekat Masuk)

Tutup pintu (lock-out) didefinasikan dibawah S.2 APP sebagai:
a.                   Penutupan sesuatu tempat pekerjaan; atau
b.                  Menggantung kerja; atau
c.             Keengganan seorang majikan untuk menggaji sejumlah pekerja yang digajikan olehnya, sebagai perlanjutan pertikaian perusahaan, dilakukan dengan maksud untuk memaksa pekerja – pekerja tersebut untuk menerima syarat danterma kerja atau untuk memberi kesan kepada pekerjaan.

Syarat untuk tindakan tutup pintu sama seperti pekerja hendak melakukan mogok. Selain tutup pintu majikan boleh membuat alternative lain seperti mengambil pekerja pengurusan untk meneruskan operasi, atau mengambil pekerja sementara. Manakala majikan boleh menutup terus operasi kilang atau pengeluaran jika dirasakan tuntutan pekerja sudah melampau. Dengan ini pekerja akan kehilangan pekerjaan.

sumber :klik sini


Wednesday, September 9

 

SOKONGAN KESATUAN SEKERA TERHADAP NIAT PEKERJA UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN KOLEKTIF

 

Menurut Sinclair, (2001) sokongan yang diberikan kepada ahli kesatuan sekerja akan mendorong niat seseorang untuk menyertai tindakan kolektif yang dilancarkan oleh kesatuan sekerja tersebut. Menurut  hasil kajian yang dijalankan keatas 2448 responden dalam kalangan pekerja yang mempunyai kesatuan sekerja di pusat membeli belah Amerika Syarikat mendapati kesetiaan para pekerja terhadap kesatuan sekerja mempengaruhi ahli kesatuan untuk menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan oleh kesatuan sekerja yang mereka wakili. Selain itu, Kajiian Martin, (1986) juga berpendapat bahawa tindakan kolektif dapat dijalankan sekiranya mendapat sokongan yang penuh daripada kesatuan dan berkomitmen untuk menyertai akiviti kesatuan yang telah dirancang.

Namun, berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Murray & Reshef, (1988) yang berpendapat bahawa sokongan kesatuan sekerja tidak mempengaruhi sepenuhnya terhadap tindakan kolektif pekerja. Beliau berpendapat bahawa sokongan kesatuan sekerja tidak mendorong secara keseluruhannya. Hal ini kerana, tidak semua kesatuan mampu dan berkeinginan untuk melancarkan tindakan melainkan akan mencuba menggunakan cara yang lain bagi penyelesaian masalah bersama dengan pihak majikan.

Oleh itu, kenyataan diatas jelas memperlihatkan bahawa tindakan kolektif tidak hanya melibatkan seorang individu sahaja melainkan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak bagi membentuk tindakan yang berkesan dan seterusnya mendapat perhatian daripada pihak majikan mahupun pihak kerajaan. Kejayaan tindakan kolektif akan mampu mengubah terma dan kondisi pekerjaan dan mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi terhadap pekerja.

 

Rujukan

Martin J, & Sinclair, R. (2001). A Multiple Motive Perspective on Strike Propensities. Journal Of

Organizational Behavior, Vol.22 (4), 387-407.

Martin, J. (1986). Predictors of individual propensity to strike. Industrial and Labour Relations Review,

Vol.39, No.2, 214-227

Murray, A., & Reshef, Y. (1988). American Manufacturing Unions’ Stasis: A Paradigmatic             

            Perspective.Academy of Management Review 13, 639-652

 

 

Friday, August 21

Dimensi Kolektif

 Kepentingan tindakan kolektif dan keadaan ketenangan buruh di seluruh dunia memerlukan analisis yang baru. Menurut Kelly (2015 : 1), tema bagi keterlibatan berdasarkan tiga sumbangan utama dalam hubungan pekerjaan. Menurut Kelly (2015 : 1) lagi:

 “Hanya di bawah 50 tahun lalu, selepas gelombang mogok dunia 1968-74, konflik antara buruh-pengurusan menjadi topik penyelidikan utama di Britain dan di tempat lain. Sejak itu, konflik perindustrian telah menurun secara drastik dan juga telah mempengaruhi minat akademik. Walaupun Kegigihan yang begitu meluas tentang apa yang dijelaskan oleh Shalev (1992) yang digambarkan sebagai “labour quiescence”. 

Tindakan kolektif masih menjadi topik utama kajian yang mempunyai tiga sebab utama. Pertama, mogok mempunyai dua ramalan utama yang berkaitan dengan ekonomi dan politik, menganggu aliran pendapatan majikan dan hal “serangan politik”dikatakan akan mencabar dasar kerajaan. 

Kedua, tindakan mogok dan tindakan kolektif yang lain menyebabkan berlakunya pertembungan asas perhubungan yang akan menjalinkan hubungan yang tidak sihat.

Ketiga, corak tindakan kolektif dan pengurusan organisasi tidak memberi nilai dalam pergerakan buruh dan perjuangan kelas (Vandaele, 2010). 

Implikasi utama dari transformasi ini adalah menyumbang kepada keharmonian perindustrian yang menjadi keutamaan atau syarat penting Syarikat Langsung Asing (FDI) yang beroperasi di Malaysia. Namun, telah mempengaruhi pergerakan kesatuan sekerja sehingga menyebabkan “labour quiescence” yang bermula pada tahun 1980-an hingga 2000-an. Sepanjang tempoh itu, kesatuan sekerja terus berfungsi namun tanpa ‘hak untuk mogok’ dan menghadapi banyak halangan daripada pihak majikan terutamanya berkaitan kesatuan sekerja. Selain itu, amalan ‘union busting’ oleh pihak majikan terus berlaku dengan hanya sedikit kawalan daripada pihak agensi kerajaan. Semua amalan ini telah mencipta perdebatan mengenai bagaimana perjuangan pemimpin kesatuan sekerja dan berfungsi dalam konteks tersebut dan bagaimana mereka dapat berjuang. Berdasarkan hal ini, beberapa bentuk tindakan kolektif baru telah muncul yang disebabkan oleh perubahan pola struktur hubungan pekerjaan dan perkembangan revolusi 4.0. Kewujudan dan kepentingan komunikasi dan teknologi digital telah memberi kelebihan kepada kesatuan sekerja dalam melaksanakan fungsi kesatuan sekerja dalam mobilisasi. 

Menurut Hirsch (2015): “berbeza dengan kesatuan yang mempunyai kepakaran dalam melakukan tindakan kolektif- media sosial yang berbentuk digital memainkan peranan penting terhadap pekerja yang tidak berorganisasi. Hal ini disebabkan oleh, kebanyakan pekerja tidak mempunyai pengalaman terhadap kesatuan dan tidak mempunyai kepakaran dalam berkesatuan untuk dapat menghasut serta mengekalkan tindakan kolektif.


 Oleh itu, komunikasi elektronik dilihat dapat membantu merapatkan jurang tersebut. Kelebihan ini akan dikaji dalam kajian ini dengan menghubungkan perubahan struktur kerja dan jenis tindakan kolektif yang baharu di Sabah.


Wednesday, August 19

Konsep dan Tema

 PERMASALAHAN KAJIAN


Tindakan kolektif ditakrifkan sebagai tindakan individu yang terlibat dalam tingkah laku kolektif. Dalam konteks hubungan industi, kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepentingan kolektif dalam kalangan pekerja mengenai manfaat ekonomi dan sosial pekerja di tempat kerja. Tindakan asas dalam pertikaian industri ialah mengadakan perundingan kolektif, melakukan tindakan industri dan menjalankan kerjasama dengan parti politik dan dan NGO. Tindakan kolektif akan dapat memberi perubahan masyarakat dari aspek ekonomi, sosial dan politik seperti “revolusi” dan “reformasi dasar”. Oleh itu, telah wujud beberapa konsep dan teori penting dalam memahami tindakan kolektif yang berlaku. Salah satu kajian penting yang menjelaskan mengenai “logic of collective action” oleh Olson (1917) di mana kajian awal telah membentuk teori asas terhadap kumpulan dan tindakan kolektif. Teori ini telah merentasi disiplin dalam bidang ilmu secara teoritikal dan empirikal.


Menurut Press University Harvard (dalam talian):

Dari aspek teoritikal buku ini menjelaskan bagaimana individu yang berkongsi kepentingan bersama dan akhirnya memenuhi keperluan dan kehendak individu dan organisasi. Secara teori menunjukkan kebanyakkan organisasi menghasilkan apa yang disebut sebagai ‘hak awam’- keperluan bersama atau perkhidmatan yang tersedia kepada semua ahli dan telah ditanggung oleh organisasi. Manfaat kesatuan sekerja yang disediakan kepada ahlinya dan manfaat daripada aktiviti lobi adalah salah satu contoh yang disebut sebagai ‘hak awam’. Merujuk kepada teori yang menjelaskan mengenai kelas sosial yang diperkenalkan oleh maxist menjelaskan terdapat hubungan yang tidak seimbang di antara pekerja dan pihak majikan (pemodal) sehingga akan membawa kepada konflik industri dan seterusnya akan mendorong kepada tindakan kolektif. Selain itu, teori pekerja yang berlaku era maxist menekankan mengenai keperluan dan kepentingan tindakan kolektif dilakukan bagi mengembalikan proses kerana dilihat adalah perlu bagi menyeimbangkan kuasa majikan dan pekerja dalam usaha membentuk hubungan yang seimbang di antara kedua-dua pelakon industri ini. 


Oleh itu, secara praktikal kesatuan sekerja pada masa kini harus melihat kepentingan dan manfaat yang dapat diperolehi melalui tindakan kolektif lebih baik berbanding hanya menggunakan medium perbincangan sebagai tindakan kolektif kesatuan. Hal ini kerana, tindakan kolektif akan mempengaruhi perubahan ekonomi, sosial dan sekaligus politik ahlinya. Namun revolusi 4.0 telah membawa kepada perubahan semasa rombakan undang-undang dan amalan perburuhan pada masa kini telah menyebabkan kesatuan sekerja telah berada pada tahap ‘labour quiescence’ iaitu kekurangan tindakan kolektif daripada kesatuan sekerja atau kelesuan dalam aktiviti kesatuan sekerja. Perundangan berkaitan perburuhan secara tidak langsung telah mempengaruhi tindakan kolektif kesatuan sekerja di Malaysia. Justeru situasi ini menimbulkan persoalan apakah bentuk tingkahlaku yang diamalkan pada masa kini dan adakah wujud bentuk tindakan kolektif yang baharu dalam kalangan kesatuan sekerja pada masa kini. Berikutan daripada perubahan yang berlaku, persoalan timbul berkaitan kesan atau impaknya kepada senario perburuhan secara keseluruhannya. 


Tuesday, August 18

Kolektif

 Abstrak

Tindakan kolektif merupakan salah satu usaha sekumpulan individu dalam mewakili kebajikan pekerja menurut (Ibrahim, 2012). Perjuangan terhadap upah dan kebajikan pekerja merupakan isu yang sering dibincangkan pihak kesatuan bersama pihak majikan. Menurut (Ibrahim, 2012) Kesatuan Sekerja akan dapat memperjuangkan kebajikan pekerja sekiranya mereka bergerak secara kolektif dan bersatu hati. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa justru telah mengubah corak pekerjaan kearah Revousi 4.0 yang lebih memfokuskan pekerjaan yang berasaskan gabungan sistem dan teknologi digital. Perubahan ini telah menyebabkan penggunaan tenaga buruh dilihat semakin berkurangan dan tindakan kolektif dilihat lebih cenderung berbentuk individu (Ahmad, 2018). Hal ini disebabkan oleh perubahan ekonomi sehingga menyebabkan perubahan (inovasi) dalam tindakan kolektif pekerja, menurut Cleven, (2017) tambahannya lagi untuk lebih memahami pembaharuan dalam pekerjaan, perlu mengabungka pendekatan buruh global dan penyelidikan ekonomi politik dalam menganalisis kajian buruh.

 

Latar Belakang Kajian

Perkembangan sosioekonomi di Sabah telah memberi impak kepada perubahan corak struktur pekerjaan yang kini telah beralih dari sektor pertama kepada sektor ketiga. Dalam masa yang sama, peluang pekerjaan ini telah memberi ruang kepada pekerja untuk bergiat aktif dalam pergerakan kesatuan sekerja disebabkan oleh beberapa faktor tertentu dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah pergerakan buruh di Malaysia. Pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia telah memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi dan hubungan sosial dalam Masyarakat (Jomo dan Todd, 1994). Penubuhan ini telah memainkan pelbagai peranan dan manfaat bukan sahaja kepada keanggotaan tetapi juga berperanan dalam konteks yang lebih besar sebagai “imbangan kuasa” kepada negara. 

Dengan itu, kesamaratan dalam masyarakat dapat di capai terutamanya bagi golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pencapaian ini perlahan-lahan berkurang disebabkan oleh “kelemahan” yang berpunca daripada pengurusan sistematik dan kawalan yang dikenakan. Berdasarkan keadaan ini, matlamat utama penyelidikan untuk mengkaji tindakan kolektif dalam kalangan kesatuan sekerja di Sabah. Proses Pengumpulan data adalah berdasarkan wawancara separa struktur dan analisis data sekunder serta diikuti analisis tematik. Hasil penyelidikan akan menyumbang untuk memahami makna tindakan kolektif dan memberi usaha yang signifikan untuk meningkatkan (merevitalisasi) kesatuan sekerja di Sabah.

Monday, August 10

 

PENGENALAN

Tindakan kolektif merupakan tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang bertujuan untuk meningkatkan status dan mencapai objektif secara bersama (Congleton, 2015). Menurut (Journal, Mar, & Booth, 2020) melalui pendekatan Mansur Olson yang mengatakan bahawa tindakan kolektif yang berjaya adalah apabila organisasi tersebut dapat menyediakan  insentif tertentu kepada pekerja dan kesemua ahli yang terlibat.

Namun begitu, menurut (Cleven, 2019) perubahan ekonomi dan sektor pekerjaan telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam tindakan kolektif pekerja. Hal ini turut dibincangkan dalam kajian (Kelly, 2015) menyatakan bahawa penyelidikan baharu perlu dilakukan berkenaan dengan tindakan kolektif kesatuan sekerja yang dikatakan agak aman.  

Terdapat beberapa kajian lepas yang membincangkan berkenaan dengan perubahan gerakan buruh serta keupayaan mengadakan tindakan kolektif bagi sesetengah negara. 

 

SOROTAN KARYA

Menurut (Cleven, 2017) telah mencadangkan untuk lebih memahami pembaharuan dalam pekerjaan, perlu mengabungkan pendekatan buruh global dan penyelidikan ekonomi politik dalam menganalisis berkaitan kajian buruh.

Selain itu, Terdapat juga kajian seperti (Rudra, 2017), (Ford, 2017), (Schmalz & Thiel, 2017) yang menjelaskan beberapa halangan penyatuan kuasa pekerja yang disebabkan oleh kemunculan parti politik yang tidak menggalakan tindakan kolektif, Organisasi yang tidak menyokong serta kewujudan isu berkenaan dengan gender dan lambakan tenaga buruh asing. Halangan ini, telah menjadi pendorong kepada penurunan kes tindakan kolektif yang dilaporkan bagi sesetengah negara.

Namun begitu, terdapat pendekatan strategik “Intersectionality” dalam kalangan pekerja yang tidak hanya berjuang berlandaskan kelas sosial dan lebih menfokuskan kepentingan pekerja malah telah memenangi 15 tuntutan yang telah berjaya diraih bagi pekerja Restoran di Amerika Syarikat kajian (Filipovitch,2017). Hal ini membuktikan, penyatuan kuasa antara pekerja memainkan peranan penting dalam usaha menggerakkan tenaga buruh.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepentingan pemimpin dan usaha pekerja dalam mengetengahkan isu-isu pekerjaan merupakan keputusan penting yang perlu diambil bagi menggekalkan konsep ‘imbangan kuasa’ diantara aktor hubungan industri.


RUJUKAN

Congleton, R. D. (2015). The " Logic of Collective Action " and beyond Author ( s ): Roger D . Congleton Source : Public Choice , September 2015 , Vol . 164 , No . 3 / 4 , Symposium on the 50th Anniversary of Olson ’ s Logic ( September 2015 ), pp . 217-234 Published by : Springer Stable URL : http://www.jstor.com/stable/24768826 The Logic of Collective Action and beyond, 164(3), 217–234. https://doi.org/10.1007/sl

Journal, S., Mar, N., & Booth, D. E. (2020). Collective Action , Marx ’ s Class Theory , and the Union Movement Author ( s ): Douglas E . Booth Stable URL : https://www.jstor.org/stable/4224670 Collective Action , Marx ’ s Class Theory , and the Union Movement, 12(1), 163–185

Maite Tapia, Tamala L Lee and Mikhail Filipovitch, (2017), Supra-union and intersectional organizing: An Examination of two prominent cases on the low-wages US restaurant industry, Research Article, pp. 487-509, 4 August 2017 https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0022185617714817

Rudra Sil, (2017), The battle over flexibilization in post-communist transitor: Labor politics in Poland and the Czech Republic, 1989-2010. Research Article, pp. 420-443, 16 August 2017 https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0022185617705684

Stefan Schmalz, Marcel Thiel, (2017, IG Metall’s comeback: Trade union renewal in times of crisis, Research Article, pp. 465-486, 4 August 2017 https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0022185617714818

Tobias Schulze-Cleven, (2017), Collective action and globalization: building and mobilizing labour power. Research Article, pp. 397-419, 4 August 2017 https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0022185617715893


Friday, August 7

Tajuk kajian dan Objektif kajian

TAJUK KAJIAN :
Tindakan Kolektif di kalangan Kesatuan Sekerja di Sabah

 
OBJEKTIF KAJIAN : 

1) Mengkaji tindakan kolektif yang diamalkan oleh Kesatuan Sekerja di Sabah pada masa kini
2) Mengenalpasti bentuk-bentuk baru tindakan kolektif di Sabah.
3) Mengkaji implikasi tindakan kolektif terhadap senario perburuhan di Sabah.