MUSEUM PEKERJAAN

 


1.0 PENGENALAN

Kajian berkaitan tindakan kolektif sejak 2019 melalui Geran FRGS di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi menghasilkan idea untuk menubuhkan MUSEUM PEKERJAAN bagi menggantikan fokus TINDAKAN KOLEKTIF dari TINDAKAN INDUSTRI kepada TINDAKAN BAHARU yang bercorak membina, memelihara dan melestarikan pergerakan KESATUAN SEKERJA di Malaysia

2.0 SEMINAR

Seminar Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia, 1924-2024

Poster Awal versi Penyelidik

3.0 OBJEKTIF SEMINAR

Objektif pertama :

                    i.     Meraikan Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia.

Dalam tempoh dua (2) hari seminar ini dapat menghimpunkan kesatuan sekerja daripada sektor swasta dan sektor awam. Mereka dapat berkumpul dan berkenalan di antara satu sama lain dan membentuk solidariti sempena hari pekerja pada 1 Mei 2024. Ia dapat meraihkan mereka sebagai ahli kesatuan sekerja yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk memperjuangkan hak-hak pekerja dan menjaga kepentingan organisasi.

Dalam dua hari seminar ini dapat menghimpunkan seramai 70 orang ahli kesatuan sekerja daripada pelbagai sektor dan industri.
Dalam masa yang sama, mereka dapat memperolehi ilmu pengetahuan daripada sesi perkongsian ahli-ahli akademik dengan tajuk kajian berkaitan kesatuan sekerja yang dilakukan secara empirikal.
Berikut adalah tajuk -tajuk yang telah dibentangkan.

Tajuk 1
Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia 1924-2024 yang disampaikan oleh Dr Mahadirin, Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Tajuk 2 : 
Perundingan Distributif Dan Cabaran Kepimpinan Kesatuan Sekerja Di Sabah oleh Dr Kee.Y.Sabariah Bte Kee Mohd Yussof yang merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah.
Tajuk 3 : 
Cabaran-Cabaran Kesatuan Sekerja pada masa kini oleh Dr Sharifah Nursyahidah Syed Annuar , pensyarah kanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tajuk 4: 
Muzium Pekerja Dan Pekerjaan: Suatu Kertas Konsep yang disampaikan oleh En Baszley Bee B. Basrah Bee yang merupakan Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Sabah dan telah disampaikan oleh Ketua Penyelidik Dr. Mahadirin atas sebab masalah kesihatan dan tidak dapat hadir.

Melalui perkongsian ilmu ahli kesatuan sekerja diberikan pendedahan tentang kepentingan Bersatu, Bekerja kuat dan keperluan meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat memperjuangkan nasib ahli dan berhadapan dengan pihak majikan.

Gaya perundingan di antara pemimpin kesatuan sekerja dan pihak majikan perlu diperbaiki dan sifat tolak ansur perlu dalam satu perundingan di antara majikan dan kesatuan sekerja. “Give and Take” perlu ada dalam hubungan di antara mereka.

Objektif kedua

ii. Menilai semula peranan kesatuan sekerja dalam hubungan pekerjaan di Malaysia.

Bagi mencapai objektif kajian ini, pelbagai perspektif dibincangkan dalam sesi perbincangan antara kesatuan sekerja yang hadir dan juga wakil majikan dalam slot bicara CEO oleh En Abdul Razak Md Hassan (Pengarah Bukan Eksekutif KTMB Corporate Headquaters).
Di mana En Abdul Razak telah mengulas bahawa selain tiga kelakuan dalam resulosi 100 tahun pergerakan kesatuan sekerja iaitu:
1. BERSATULAH
2. KERJA KUAT
3. MARI MEMBACA
Elemen PEMIKIR perlu dimasukkan.

Penilaian semula terhadap peranan kesatuan sekerja turut diulas dalam forum “Masalah dan Cabaran Kesatuan Sekerja di Malaysia” oleh Prof. Kamaruddin M. Said dan Dr Badariah Abd Rahman .

Dalam perbincangan bersama panel ini, gambaran berkaitan kesatuan sekerja dahulu dan sekarang telah dapat diperhalusi. Panel menyatakan pihak Kerajaan telah melakukan sesuatu yang baik kepada pekerja dan diibaratkan Kerajaan lagi pemurah berbanding majikan dalam memperbaiki hak-hak pekerja. Ini dilihat sebagai sesuatu yang lebih baik daripada pergerakan awal kesatuan sekerja.

Sehubungan dengan itu, kajian berkaitan kesatuan sekerja awam perlu ditingkatkan untuk melihat bagaimana peranan kesatuan sekerja yang berbeza daripada peranan kesatuan sekerja dalam sektor swasta. Perbezaan yang jelas ialah dengan adanya perundingan kolektif yang boleh memperbaiki terma dan kondisi pekerjaan setiap 3 tahun dalam organisasi.

Objektif ketiga Seminar ini ialah :
iii. Mencadangkan hala tuju kesatuan sekerja yang akan datang.

Dalam mencapai objektif seminar ini, hala tuju kesatuan sekerja pada masa akan datang dapat dirumuskan bahawa solidariti dan sikap kolektivisma penting untuk menjadikan kesatuan sekerja itu sebuah kesatuan yang kuat.

Persepsi majikan terhadap kesatuan sekerja juga perlu diubah, agar lebih bersifat terbuka dalam menerima kehadiran kesatuan sekerja.

Sikap majikan dalam menerima kesatuan sekerja sebagai rakan kongsi dalam organisasi akan meningkatkan pengiktirafan kesatuan sekerja. Ia penting dalam menambah bilangan kesatuan sekerja di Malaysia.

Dengan bersatu, kerja kuat dan mari membaca dapat membantu kesatuan sekerja agar menjadi kesatuan sekerja yang berilmu, kesatuan yang kuat dan bersatu serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk berhadapan dengan pihak majikan dan berinteraksi sesama ahli kesatuan sekerja. Malah ia juga penting untuk membentuk tingkah laku yang positif terhadap pihak majikan dan pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, seminar ini juga bertujuan mendapatkan pandangan ahli-ahli kesatuan sekerja agar menubuhkan muzium pekerjaan agar dapat:

i. Menjadi tempat rujukan/perkongsian ilmu kepada generasi masa kini dan akan datang
ii. Platform untuk bertemu kesatuan-kesatuan sekerja di Malaysia
iii. Menarik minat pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja
iv. Medium untuk memberikan pendidikan kepada ahli-ahli kesatuan sekerja terutamanya berkaitan dengan perundangan pekerjaan di Malaysia

4.0 TINDAKAN SUSULAN
TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK

Tempoh setahun iaitu sebelum 1.5.2025 untuk menghimpunkan kesemua pihak berkepentingan bagi merealisasikan idea MUSEUM PEKERJAAN. Dengan itu, kami menyeru agar semua pihak yang telah hadir dan yang tidak hadir semasa seminar dijalankan untuk bersedia.

Ketua Penyelidik telah menerima kebenaran dan akan membentangkan IDEA MUSEUM ini dalam PEMBENTANGAN POSTER pada PERSIDANGAN ANTARABANGSA ILERA yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun bertempat di Hotel Hilton Manhattan New York, Amerika Syarikat. Maklumat lanjut sila layari laman web berikut:


Tajuk pembentangan ialah:

Labour Museum in Sabah (Malaysia): Idea and Reality from Differences Perspectives of Social Sciences

Mahadirin Bin Hj. Ahmad*, University of Malaysia SabahKee Y. Sabariah Binti Kee Mohd YussofUniversity Malaysia of SabahSharifah Nursyahidah Syed AnnuarUniversity Kebangsaan MalaysiaBazsley Bee Basrah BeeUniversity Of Malaysia Sabah; and Norhuda Binti SallehUniversity of Malaysia Sabah


5.0 PENUTUP
Kerjasama dan budaya gotong-royong adalah budaya dan akar masyarakat terutamanya di ASIA ini, oleh itu penglibatan dari semua adalah dialu-alukan. Setiap kita adalah PEKERJA dan setiap PEKERJA ada kisahnya yang tersendiri.

Hubungi kami:

1 comment: