Tuesday, August 11

TINDAKAN KOLEKTIF MENURUT JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 DAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA 1959

 

PENGENALAN

Malaysian Trades Union Congress (MTUC) menyatakan bahawa tindakan buruh atau (Kesatuan Sekerja) merupakan tindakan kolektif yang memperjuangan pekerja dalam tuntutan ekonomi, hak politik dan kesejahteraan budaya dan sosial mereka menurut Halaman rasmi MTUC melalui portal; http://www.mtuc.org.my/about-us/trade-union/ kenyataan rasmi 6 Mei 2013.

Manakala, hubungan industri di Malaysia menetapkan penubuhan dan tindakan kolektif merupakan tindakan yang dibenarkan dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia secara umumnya. Tindakan kolektif yang dibenarkan menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959 di Malaysia. Terdapat tiga tindakan kolektif yang telah digariskan dibenarkan iaitu;

i) Mogok

ii) Piket

iii) Sekat Masuk (Lock-out)

Dalam konteks perundangan apabila berlaku pertikaian antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan dan gagal diselesaikan secara berdamai, pihak yang bertikai dibenarkan menggunakan cara yang agak agresif bagi menarik perhatian majikan untuk mengadakan perundingan.

             Menurut Sumber Manusia (Jabatan Perhubungan Perusahaan 1967) terdapat 2 isu-isu pertikaian yang menyebabkan berlakunya tindakan kolektif iaitu;

A) Isu berkaitan pekerjaan

i) Keenganan memulakan perundingan

ii) Kebuntuhan dalam perundingan kolektif

iii) Pertikaian mengenai mana-mana terma dan syarat kontrak perkhidmatan/perjanjian perkhidmatan

B) Isu berkaitan bukan pekerjaan

i) Kegagalan mematuhi piawaian perburuhan dan peruntukan berkanun dengan kemudahan serta lain-lain faedah yang bukan kewangan

ii) Pelanggaran hak pekerja atau ketidakadilan dalam amalan perburuhan/penindasan ke atas pekerja.

 

RUJUKAN

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Akta Kesatuan Sekerja 1959

http://www.mtuc.org.my/about-us/trade-union/. Diakses pada 27 Julai 2020

 

 

No comments:

Post a Comment