Abstrak
Tindakan
kolektif merupakan salah satu usaha sekumpulan individu dalam mewakili
kebajikan pekerja menurut (Ibrahim, 2012). Perjuangan terhadap upah dan kebajikan pekerja
merupakan isu yang sering dibincangkan pihak kesatuan bersama pihak majikan.
Menurut (Ibrahim, 2012) Kesatuan Sekerja akan dapat memperjuangkan kebajikan
pekerja sekiranya mereka bergerak secara kolektif dan bersatu hati. Namun
begitu, seiring dengan peredaran masa justru telah mengubah corak pekerjaan
kearah Revousi 4.0 yang lebih memfokuskan pekerjaan yang berasaskan gabungan
sistem dan teknologi digital. Perubahan ini telah menyebabkan penggunaan tenaga
buruh dilihat semakin berkurangan dan tindakan kolektif dilihat lebih cenderung
berbentuk individu (Ahmad, 2018). Hal ini disebabkan oleh perubahan ekonomi sehingga
menyebabkan perubahan (inovasi) dalam tindakan kolektif pekerja, menurut Cleven,
(2017) tambahannya lagi untuk lebih memahami pembaharuan dalam pekerjaan, perlu
mengabungka pendekatan buruh global dan penyelidikan ekonomi politik dalam
menganalisis kajian buruh.
Latar Belakang
Kajian
Perkembangan sosioekonomi di Sabah telah memberi impak kepada perubahan corak struktur pekerjaan yang kini telah beralih dari sektor pertama kepada sektor ketiga. Dalam masa yang sama, peluang pekerjaan ini telah memberi ruang kepada pekerja untuk bergiat aktif dalam pergerakan kesatuan sekerja disebabkan oleh beberapa faktor tertentu dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah pergerakan buruh di Malaysia. Pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia telah memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi dan hubungan sosial dalam Masyarakat (Jomo dan Todd, 1994). Penubuhan ini telah memainkan pelbagai peranan dan manfaat bukan sahaja kepada keanggotaan tetapi juga berperanan dalam konteks yang lebih besar sebagai “imbangan kuasa” kepada negara.
Dengan itu, kesamaratan dalam masyarakat dapat di capai terutamanya
bagi golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pencapaian
ini perlahan-lahan berkurang disebabkan oleh “kelemahan” yang berpunca daripada
pengurusan sistematik dan kawalan yang dikenakan. Berdasarkan keadaan ini,
matlamat utama penyelidikan untuk mengkaji tindakan kolektif dalam kalangan
kesatuan sekerja di Sabah. Proses Pengumpulan data adalah berdasarkan wawancara
separa struktur dan analisis data sekunder serta diikuti analisis tematik.
Hasil penyelidikan akan menyumbang untuk memahami makna tindakan kolektif dan
memberi usaha yang signifikan untuk meningkatkan (merevitalisasi) kesatuan
sekerja di Sabah.
No comments:
Post a Comment