Friday, August 14

MEDIA SOSIAL DAN TINDAKAN KOLEKTIF

 

1) PENGENALAN

i) Sorotan Karya

Perkembangan industri telah membawa dunia pada hari ini kearah Internet Of Things (IOT) yang mendorong kepada penggunaan internet pintar yang lebih meluas tanpa sempadan. Keadaan ini sedikit sebanyak telah membawa perubahan kepada proses perburuhan. Tindakan Kolektif merupakan tindakan industri yang dapat dilakukan oleh sekumpulan pekerja sebagai langkah untuk menarik minat Majikan mahupun Kerajaan untuk menyedari isu tuntutan yang ingin diajukan oleh pekerja melalui wakil Kesatuan Sekerja.

Kesatuan Sekerja menggunakan media sosial sebagai medium baharu untuk menarik perhatian pihak majikan mahupun kerajaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbincangan yang dilakukan oleh (Pang, Pei, & Goh, 2012) mengenai tindakan kolektif hari ini melihat kepada peranan media sebagai salah satu medium gerakan sosial yang dapat digunapakai untuk membincangkan dan menyatakan idea-idea sehinggakan medium ini telah menjadi sebagai perdebatan umum yang boleh dilakukan oleh semua pihak tanpa had dan ruang masa.

During the uprisings in Tunisia and Egypt in 2011, Howard et al. (2011) found a myriad of political conversations happening on social media which shaped the public debate, preceded offline mass protests, and brought about a cascade of messages about democratic ideas across the region  (Pang et al., 2012).

 

            Selain itu, terdapat juga kajian kes kesatuan yang turut menggunakan medium media sosial sebagai salah satu langkah yang boleh membela kebajikan pekerja dengan menulis media, blog dan web untuk tujuan menarik perhatian para pembaca agar mendapat sokongan daripada masyarakat secara keseluruhannya. Tindakan yang dilakukan oleh Kesatuan Sekerja China dalam kalangan pekerja Uniden.

Kajian (Chan, 2013)

…Uniden workers tried their best to externalize their campaign, using methids such as call the media, attempting to block the highways to gain public attention, and writing blogs and a web forum to inform the outside world of their strunggle

 

Kenyataan di atas membuktikan media massa digunakan sebagai salah satu usaha bagi menarik perhatian Majikan, Kerajaan dan Masyarakat. Hasil kajian ini telah mendapat perhatian dunia dan akhirnya Kesatuan Sekerja pekerja Uniden telah diberi peluang mengadakan perundingan kolektif bersama pihak majikan.

Dalam konteks perburuhan di Malaysia pula, Kesatuan Sekerja terus memainkan peranan penting dalam mengimbangi kuasa antara majikan dan pekerja (Ahmad, Zakaria, & Industri, 2019). Proses imbangan kuasa dapat dilaksanakan sekiranya berlaku perundingan kolektif yang dijalankan oleh Kesatuan Sekerja bagi mengelakkan eskploitasi daripada pihak majikan.

Sebagai contoh, kajian mogok yang telah dilaporkan melalui laman web rasmi Berita Harian Malaysia https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/613458/50-pekerja-foodpanda-mogok-di-seremban-2. Mogok ini dilaporkan berlaku di tahun 2019 di Seremban, terdapat lebih daripada 50 pemandu Food Panda mengadakan Mogok selama sejam. Mogok ini dilakukan oleh sekumpulan individu sebagai bantahan dan ketidakpuasan hati tehadap penghapusan bayaran gaji mengikut jam komisen dan syarikat turut membatalkan pembayaran pesanan oleh pelanggan kepada pemandu Food Panda.  Menurut salah satu individu yang terlibat dengan aktiviti mogok tersebut, menyatakan bahawa tindakan pembatalan pembayaran oleh Syarikat akan menyebabkan kerugian kepada pemandu Food Panda. Aktiviti mogok tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak bekas Menteri Belia dan Sukan terdahulu (YB, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman).

Kesatuan Sekerja di Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang telah diperuntukkan dan mempunyai pelbagai sekatan tindakan, sekiranya tindakan kolektif ingin dilakukan oleh Kesatuan Sekerja tindakan kolektif tersebut harus mematuhi peraturan yang telah diperuntukkan oleh dasar undang-udang negara. Menurut (Bin & Ahmad, 2018) tindakan perusahaan seperti mogok akan terus berlaku meskipun dilihat bersifat individual.

            Kesimpulannya, keseluruhan sorotan karya yang dilakukan terhadap kes-kes yang terpilih telah membuktikan kewujudan media massa merupakan salah satu medium yang dapat digunakan oleh Kesatuan sekerja untuk meraih perhatian pihak majikan, kerajaan dan masyarakat sekeliling. Penggunaan media sosial yang bersifat tanpa had, boleh diakses dimana dan pada bila-bila masa sahaja menjadikan medium ini sebagai salah satu proses keseimbangan kuasa diantara majikan dan pekerja.

 

RUJUKAN

Ahmad, M., Zakaria, N. S., & Industri, P. H. (2019). Dasar Perburuhan dan Impaknya Terhadap Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia : Satu Kajian, 5(1), 86–113.

Bin, M., & Ahmad, H. (2018). Perkembangan dan Peranan Mogok di Malaysia : Satu Kajian Awal, 6(September), 135–152.

Chan, C. K. (2013). Contesting Class Organization : Migrant Workers ’ Strikes in China ’ s Pearl River Delta , Author ( s ): Chris King-Chi Chan Source : International Labor and Working-Class History , Spring 2013 , No . 83 , SPECIAL ISSUE : STRIKES AND SOCIAL CONFLICTS ( Spring 2013 ), pp . 112-136 Published by : Cambridge University Press on behalf of International Labor and Stable URL : http://www.jstor.com/stable/43302711 Contesting Class Organization : Migrant Workers ’ Strikes in China ’ s Pearl River Delta , 1978-20101, (83), 112–136. https://doi.org/10.1017/S0147547913000082

Pang, N., Pei, D., & Goh, C. (2012). Are we all here for the same purpose ? Social media and individualized collective action. https://doi.org/10.1108/OIR-10-2015-0337

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/613458/50-pekerja-foodpanda-mogok-di-seremban-2. Diakses pada 27 Julai 2020

 

3 comments:

  1. Penulisan semakin berkembang,

    Baiki kaedah rujukan...
    kurang tepat.....tidak dinyatakan:
    sistem nama kurang tepat
    nama journal tidak dinyatakan

    Ahmad, M., Zakaria, N. S., & Industri, P. H. (2019). Dasar Perburuhan dan Impaknya Terhadap Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia : Satu Kajian, 5(1), 86–113.

    Bin, M., & Ahmad, H. (2018). Perkembangan dan Peranan Mogok di Malaysia : Satu Kajian Awal, 6(September), 135–152.

    Ahmad, M (2018). Perkembangan dan peranan mogok di Malaysia: satu kajian awal, Susurgalur,Vol.6:135-152. diambil dari:
    alamat laman web

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sir atas komen yang membina.. nnti saya akan perbaiki

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete