Kepentingan tindakan kolektif dan keadaan ketenangan buruh di seluruh dunia memerlukan analisis yang baru. Menurut Kelly (2015 : 1), tema bagi keterlibatan berdasarkan tiga sumbangan utama dalam hubungan pekerjaan. Menurut Kelly (2015 : 1) lagi:
“Hanya di bawah 50 tahun lalu, selepas gelombang mogok dunia 1968-74, konflik antara buruh-pengurusan menjadi topik penyelidikan utama di Britain dan di tempat lain. Sejak itu, konflik perindustrian telah menurun secara drastik dan juga telah mempengaruhi minat akademik. Walaupun Kegigihan yang begitu meluas tentang apa yang dijelaskan oleh Shalev (1992) yang digambarkan sebagai “labour quiescence”.
Tindakan kolektif masih menjadi topik utama kajian yang mempunyai tiga sebab utama. Pertama, mogok mempunyai dua ramalan utama yang berkaitan dengan ekonomi dan politik, menganggu aliran pendapatan majikan dan hal “serangan politik”dikatakan akan mencabar dasar kerajaan.
Kedua, tindakan mogok dan tindakan kolektif yang lain menyebabkan berlakunya pertembungan asas perhubungan yang akan menjalinkan hubungan yang tidak sihat.
Ketiga, corak tindakan kolektif dan pengurusan organisasi tidak
memberi nilai dalam pergerakan buruh dan perjuangan kelas (Vandaele, 2010).
Implikasi utama dari transformasi ini adalah menyumbang kepada keharmonian perindustrian yang menjadi keutamaan atau syarat penting Syarikat Langsung Asing (FDI) yang beroperasi di Malaysia. Namun, telah mempengaruhi pergerakan kesatuan sekerja sehingga menyebabkan “labour quiescence” yang bermula pada tahun 1980-an hingga 2000-an. Sepanjang tempoh itu, kesatuan sekerja terus berfungsi namun tanpa ‘hak untuk mogok’ dan menghadapi banyak halangan daripada pihak majikan terutamanya berkaitan kesatuan sekerja. Selain itu, amalan ‘union busting’ oleh pihak majikan terus berlaku dengan hanya sedikit kawalan daripada pihak agensi kerajaan. Semua amalan ini telah mencipta perdebatan mengenai bagaimana perjuangan pemimpin kesatuan sekerja dan berfungsi dalam konteks tersebut dan bagaimana mereka dapat berjuang. Berdasarkan hal ini, beberapa bentuk tindakan kolektif baru telah muncul yang disebabkan oleh perubahan pola struktur hubungan pekerjaan dan perkembangan revolusi 4.0. Kewujudan dan kepentingan komunikasi dan teknologi digital telah memberi kelebihan kepada kesatuan sekerja dalam melaksanakan fungsi kesatuan sekerja dalam mobilisasi.
Menurut Hirsch (2015): “berbeza dengan kesatuan yang mempunyai kepakaran dalam melakukan tindakan kolektif- media sosial yang berbentuk digital memainkan peranan penting terhadap pekerja yang tidak berorganisasi. Hal ini disebabkan oleh, kebanyakan pekerja tidak mempunyai pengalaman terhadap kesatuan dan tidak mempunyai kepakaran dalam berkesatuan untuk dapat menghasut serta mengekalkan tindakan kolektif.
Oleh itu, komunikasi elektronik dilihat dapat membantu merapatkan jurang tersebut. Kelebihan ini akan dikaji dalam kajian ini dengan menghubungkan perubahan struktur kerja dan jenis tindakan kolektif yang baharu di Sabah.