SOKONGAN
KESATUAN SEKERA TERHADAP NIAT PEKERJA UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN KOLEKTIF
Menurut Sinclair, (2001) sokongan yang diberikan
kepada ahli kesatuan sekerja akan mendorong niat seseorang untuk menyertai
tindakan kolektif yang dilancarkan oleh kesatuan sekerja tersebut. Menurut hasil kajian yang dijalankan keatas 2448
responden dalam kalangan pekerja yang mempunyai kesatuan sekerja di pusat
membeli belah Amerika Syarikat mendapati kesetiaan para pekerja terhadap
kesatuan sekerja mempengaruhi ahli kesatuan untuk menyokong segala aktiviti
yang akan dijalankan oleh kesatuan sekerja yang mereka wakili. Selain itu,
Kajiian Martin, (1986) juga berpendapat bahawa tindakan kolektif dapat dijalankan sekiranya mendapat sokongan yang penuh daripada kesatuan dan
berkomitmen untuk menyertai akiviti kesatuan yang telah dirancang.
Namun, berbeza dengan kajian yang dijalankan
oleh Murray & Reshef, (1988) yang berpendapat bahawa sokongan kesatuan
sekerja tidak mempengaruhi sepenuhnya terhadap tindakan kolektif pekerja. Beliau berpendapat
bahawa sokongan kesatuan sekerja tidak mendorong secara keseluruhannya. Hal ini
kerana, tidak semua kesatuan mampu dan berkeinginan untuk melancarkan tindakan
melainkan akan mencuba menggunakan cara yang lain bagi penyelesaian masalah
bersama dengan pihak majikan.
Oleh itu, kenyataan diatas jelas
memperlihatkan bahawa tindakan kolektif tidak hanya melibatkan seorang individu
sahaja melainkan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak bagi membentuk
tindakan yang berkesan dan seterusnya mendapat perhatian daripada pihak majikan
mahupun pihak kerajaan. Kejayaan tindakan kolektif akan mampu mengubah terma
dan kondisi pekerjaan dan mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi terhadap
pekerja.
Rujukan
Martin J, & Sinclair, R. (2001). A Multiple Motive Perspective on Strike
Propensities. Journal Of
Organizational Behavior, Vol.22 (4),
387-407.
Martin, J. (1986). Predictors of individual propensity to strike. Industrial and
Labour Relations Review,
Vol.39, No.2, 214-227
Murray, A., & Reshef, Y. (1988). American Manufacturing Unions’ Stasis: A Paradigmatic
Perspective.Academy of Management Review 13, 639-652
No comments:
Post a Comment