Friday, September 18

Piket, Mogok dan Lock-Out Sebagai Tindakan Kolektif

 

Pendahuluan 

Piket, mogok dan lock-out merupakan tindakan kolektif. Piket dan mogok merupakan tindakan yang dilakukan oleh pekerja manakala lock-out tindakan yang boleh diambil oleh pihak majikan. Ketiga-tiga tindakan kolektif ini merupakan tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang dan merupakan hak seseorang pekerja dan majikan. Namun, hal ini hanya dilakukan sekiranya kedua-dua pihak mengalami "jalan buntu".

1. Piket 

Piket ertinya berdiri atau berarak di hadapan premis perniagaan atau pejabat bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang rungutan pekerja atau apa-apa bentuk bantahan.
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP) membenarkan seorang atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran tempat mereka bekerja secara aman bagi tujuan:
      i.                   Mendapatkan atau menyampaikan maklumat
     ii.                   Memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau tidak bekerja         apabila  wujudnya pertikaian perusahaan 

Walaubagaimanapun piket tersebut mestilah dilakukan:
      i.               Secara aman
     ii.            Tidak mengancam mana-mana orang
    iii.             Tidak menhalang jalan/pintu masuk dan keluar ke premis majikan oleh pekerja yang terlibat secara langsung dalam peretikaian tersebut; dan
   iv.         
Pegawai atau pekerja sekerja boleh hadir hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin serta memastikan bahawa pekrja-pekerja itu mematuhi peruntukan berkenaan
Waktu yang dibenarkan untuk melakukan piket ialah diluar waktu kerja iaitu:
      i.                  Pada waktu makan tengahari
     ii.                Sebelum; atau
    iii.               Selepas waktu kerja 

Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan syarat-syarat dan tujuan berpiket adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman seperti berikut:
      i.                    Penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau
     ii.                   Denda tidak melebihi satu ribu ringgit; atau
    iii.                  Kedua-duanya sekali

Piket tidak lagi dibenarkan apabila pertikaian telah dirujuk kepada mahkamah perusahaan untuk timbang tara.

3. MOGOK
Mogok ertinya tindakan memberhentikan atau enggan melakukan kerja oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu atau keenganan yang dibuat bersama atau kefahaman yang sama yang bertujuan untuk menghasilkan sekatan, halangan, pengurangan, penangguhan atau menamatkan perlaksanaan keseluruhan atau mana-mana tugas berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Peruntukan-peruntukan  mengenai tindakan mogok terdapat di dalam APP 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS).

Secara mudahnya, mogok adalah pemberhentian kerja oleh sekumpulan pekerja termasuklah percubaan untuk menghadkan atau melambatkan pengeluaran dengan sengaja.
Mogok melibatkan beberapa keadaan seperti berikut:
a.                  Melambatkan kerja (go slow)
b.                  Bekerja mengikut peraturan (work to rule); dan
c.                  Enggan membuat kerja lebih masa.

Tindakan mogok boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran dan jika ia dilakukan dengan sengaja ia dikira mogok. Pengurangan pengeluaran akan memberi impak kepada keuntungan syarikat dan ini akan memaksa majikan untuk membuka semula pintu rundingan dengan pekerja.

Keengganan bekerja lebih masa oleh sekumpulan pekerja juga dianggap sebagai tindakan mogok dalam Perkhidmatan Perlu (Essential services) kerana dalam organisasi sedemikian pekerja boleh diperlukan untuk bekerja lebih masa oleh majikan. Jadual dibawah seksyen 2 APP 1967 menyenaraikan pekerjaan yang tergolong sebagai Perkhidmatan Perlu ini.

3. Lock- Out (Sekat Masuk)

Tutup pintu (lock-out) didefinasikan dibawah S.2 APP sebagai:
a.                   Penutupan sesuatu tempat pekerjaan; atau
b.                  Menggantung kerja; atau
c.             Keengganan seorang majikan untuk menggaji sejumlah pekerja yang digajikan olehnya, sebagai perlanjutan pertikaian perusahaan, dilakukan dengan maksud untuk memaksa pekerja – pekerja tersebut untuk menerima syarat danterma kerja atau untuk memberi kesan kepada pekerjaan.

Syarat untuk tindakan tutup pintu sama seperti pekerja hendak melakukan mogok. Selain tutup pintu majikan boleh membuat alternative lain seperti mengambil pekerja pengurusan untk meneruskan operasi, atau mengambil pekerja sementara. Manakala majikan boleh menutup terus operasi kilang atau pengeluaran jika dirasakan tuntutan pekerja sudah melampau. Dengan ini pekerja akan kehilangan pekerjaan.

sumber :klik sini


No comments:

Post a Comment