Thursday, September 17

 

MTUC sendiri bantah cadangan memperkasa pekerja?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menuntut agar prinsip kebebasan berpersatuan diterapkan dalam undang-undang perburuhan negara dan menggesa kerajaan supaya meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 87 – Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak Untuk Berorganisasi, 1948 (K87).

Tuntutan ini telah dibangkitkan MTUC sejak 20 tahun lalu dan baru-baru ini tuntutan ini telah dibangkitkan semula oleh MTUC semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva tahun ini (2019)

Keadaan semasa kesatuan sekerja di Malaysia mengalami penurunan kepadatan keahlian

"Peruntukan di bawah undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan lebih daripada sebuah kesatuan di tempat pekerjaan telah menyebabkan monopoli dan manipulasi oleh sesetengah pemimpin kesatuan pekerja. Ini telah menyebabkan keadaan di mana pekerja-pekerja tidak mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana kesatuan yang diingini kerana pada masa kini tiada sebarang alternatif untuk mereka berbuat demikian.

Akibatnya, kebanyakan pekerja tidak bermotivasi langsung untuk menyertai mana-mana kesatuan sekerja. Pada suatu ketika, kepadatan keahlian kesatuan sekerja di negara ini adalah pada kadar 10% dan kini ianya lebih kurang 6% yang mana adalah membimbangkan."


sumber: berita penuh disini

No comments:

Post a Comment