Balasubramaniam et al., (2017)
Kajian ini melihat berkenaan dengan pengaruh organisasi kesatuan dan sikap majikan terhadap keberkesanan kesatuan dalam kalangan pegawai-pegawai kesatuan sekerja. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa pergerakan kesatuan sekerja secara keseluruhannya yang dilihat akan mempengaruhi keberkesanan kesatuan sekerja. Berikut merupakan cabaran yang dihadapi kesatuan antaranya;
1. Tuntutan Pengikhtirafan
2. peraturan-peraturan dalam Syarikat
3. Diskriminasi terhadap pekerja yang memegang jawatan dalam kesatuan
4. Pemberian upah berdasarkan produktiviti
5. Saingan daripada pekerja Asing
6. Penubuhan Mekanisme tersendiri majikan bagi mencabar kesatuan (Union Busting)
Melalui beberapa cabaran yang telah disenaraikan dan disesuaikan dengan kajian yang dijalankan. Balasubramaniam et al., (2017) berpendapat bahawa kesatuan kebangsaan atau kesatuan dalaman harus menempuhi halangan-halangan ini daripada majikan mereka dan kesatuan kebangsaan tidak terkecuali dalam perkara ini.
Kesimpulannya, halangan yang diberikan adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaruh kesatuan sekerja itu sendiri. Oleh itu, kesatuan sekerja harus menyediakan pelbagai insiatif untuk menjamin dan mengekalkan suara pekerja agar dapat didengari oleh pihak pengurusan seperti majikan atau pihak kerajaan. Keadaan ini akan menjamin hak ekonomi dan sosial pekerja sentiasa terjamin.
Rujukan
Balasubramaniam, A.T, Halim F.W, Omar, F & Muhammad Hafidz, S.W. Pengaruh Organisasi Kesatuan dan Sikap Majikan terhadap Keberkesanan Kesatuan dalam Kalangan Pegawai-pegawai Kesatuan Sekerja. Jurnal Pengurusan 51(2017) 65 – 78. Boleh dilayari melalui: https://doi.org/10.17576/pengurusan-2018-51-06.
No comments:
Post a Comment