MTUC mengadakan piket di 20 lokasi di seluruh negara.
Pada 28 Oktober 2011, MTUC mendesak Pindaan Akta Kerja 1955 ditarik balik kerana menguntungkan majikan sahaja.
Pindaan Akta diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011.Jika tidak, kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor, 5.7 juta pekerja akan menentukan nasib kerajaan dalam PRU13. [2] Presiden MTUC Khalid Atan menyatakan bahawa antara tindakan MTUC ialah mengadakan piket pada 3 Oktober 2011 lalu di hadapan Parlimen. Piket kedua diadakan pada 3 November 2011 di 20 lokasi di seluruh negara.Surat telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri . Memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.Ikhtiar lain ialah membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember 2011.MTUC disokong oleh 107 pertubuhan bukan kerajaan , dalam dan luar negara
sumber: https://www.blogger.com/blog/post/edit/124943498089175830/1594117680366475446
No comments:
Post a Comment