Monday, September 7

Bantahan Akta 1955 oleh MTUC


MTUC mengadakan piket di 20 lokasi di seluruh negara.


Pada 28 Oktober 2011, MTUC mendesak Pindaan Akta Kerja 1955 ditarik balik kerana menguntungkan majikan sahaja.

Pindaan Akta diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011.Jika tidak, kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor, 5.7 juta pekerja akan menentukan nasib kerajaan dalam PRU13. [2] Presiden MTUC Khalid Atan menyatakan bahawa antara tindakan MTUC ialah mengadakan piket pada 3 Oktober 2011 lalu di hadapan Parlimen. Piket kedua diadakan pada 3 November 2011 di 20 lokasi di seluruh negara.Surat telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri . Memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.Ikhtiar lain ialah membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di KyotoJepun pada 4 Disember 2011.MTUC disokong oleh 107 pertubuhan bukan kerajaan , dalam dan luar negara


sumber: https://www.blogger.com/blog/post/edit/124943498089175830/1594117680366475446

Friday, September 4

Kesatuan sekerja bukan sekadar atur piket -

 

Pendapat dan pandangan bekas pemimpin negara terhadap tindakan kolektif yang dilakukan oleh kesatuan sekerja di Malaysia untuk lebih menjalinkan kerjasama yang baik bersama dengan pihak majikan.

 

Dr Mahathir Mohamad mahu kesatuan sekerja di negara ini meluaskan peranan termasuk menjadi penghubung di antara pekerja dan majikan, bukan lagi sekadar penganjur piket mendesak majikan menunaikan permintaan mereka.

Perdana Menteri berkata ini kerana seiring perkembangan semasa, keperluan pekerja dan majikan terhadap satu sama lain juga sudah berubah dan semakin kompleks.


berita penuh :tekan sini