Monday, August 2

Mogok RUM 1962

 Mogok pekerja-pekerja keretapi pada tahun 1962 dan menjadi suatu manifestasi kepada tindakan kolektif. 

Petikan tentang Kajian 

RUM ALWAYS RUM
AHLI-AHLI RUM PATUT BANGGA ADA RUM, SENTIASA KEKAL HEBAT.

RUM sebenarnya amat teruja bila dua (2) individu mengambil "thesis" mengunakan sejarah "MOGOK RUM" yang terbesar dinegara ini, ianya satu penghormatan kepada organisasi RUM yang telah diangkat sebagai satu "thesis" yang berbentuk ilmiah, kajian yang dibuat banyak memberi pendedahan kepada kepimpinan RUM masa akan datang, untuk terus menyemarakkan perjuangan Kesatuan Sekerja bukan sahaja pada masa lalu, hari ini tapi masa akan datang.

Saya sendiri amat bersyukur berada dalam organisasi RUM kerana diberi peluang untuk memimpin RUM sejak 1998, satu cabaran yang besar dan menyeronokkan, pengalaman yang dilalui disamping terus memegang prinsip idola saya Sdr Donald Uren Presiden RUM yang pertama.

Cabaran yang dilalui sangat mencabar dari zaman Marak Unggul sehingga yang paling besar ialah 97 kepimpinan dan ahli RUM dibuang kerja atas tindakan Piket pada 9 Mei 2014, pembuangan pekerja atas sebab Piket dnegara ini yang saya anggap terbesar dalam sejarah negara.

Namun hakikatnya saya masih gagal untuk menandingi Sdr Donald Uren, kegagalan ini mungkin disebabkan faktor peredaran waktu yang membuat pekerja satu ketika dahulu lebih "Bersatu" berbanding sekarang, pekerja lebih rasa selesa atau mengambil mudah atau mungkin jenis yang tidak mengambil kesah, maka agak sukar untuk mengabungkan seluruh pekerja khususnya dalam mengambil tindakan "MOGOK", kalau mampu hanya sekadar tindakan "PIKET" yang boleh mengimpunkan 1000 - 1500 ahli.

Hakikat ini tidak boleh dinafikan "MOGOK" kini teramat sukar bukan sahaja dalam RUM tapi dalam negara ini, mungkin dikalangan pekerja dinegara ini tidak faham mengenai fungsi perjuangan pekerja dengan kurangnya pendedahan khususnya dari badan induk gabungan kesatuan sekerja dari sudut peranan memasarkan produk Kesatuan Sekerja itu sendiri, dari sudut RUM ada kalangan pekerja yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang yang dibawa oleh pihak-pihak berkepentingan tanpa menilai, mengkaji, membuat perbandingan malah tidak melihat hasil yang telah dinikmati.


RUM sendiri tidak jemu menulis dalam laman Suara RUM ini untuk memberi kesedaran bukan dari sudut undang-undang tapi dari sudut fahaman kesatuan sekerja itu sendiri, pengertian perjuangan kesatuan sekerja agar ada kesedaran dari kalangan pekerja sentiasa peka persekitaran, malah pekerja perlu bangkit dan sedar bahawa hanya Kesatuan Sekerja yang mampu membela nasib pekerja, sekiranya kesedaran ini tiada, tanpa sedar mereka hanya boleh digolongkan sebagai HAMBA ZAMAN MODEN, memang tidak dinafikan bahawa peruntukan undang-undang mengawal pekerja menjadi HAMBA, namun hakikatnya undang-undang yang ada sekadar "BASIC", hakikat dari sudut lain kita sendiri tidak mampu berjuang untuk meningkatkan sara hidup kita yang lebih munasabah, dalilnya gaji minima yang diwartakan masih di bawah kos sara hidup.

Selagi kita tidak sedar, maka kita tidak mampu bersuara, kita tetap kalah, kita mudah diperkotak-katik, lihat apa kejayaan RUM yang dipelopori oleh Sdr Donald Uren Presiden RUM yang menganjurkan MOGOK terbesar dinegara ini, hasilnya perjuangan "GAJI BULAN" telah dinikmati oleh seluruh pekerja KTM malah diikuti oleh seluruh kakitangan awam ketika itu, RUM di bawah kepimpinan Sdr Donald Uren telah mengangkat perjuangan "GAJI BULAN" bukan sahaja untuk pekerja KTM tapi untuk pekerja dinegara ini.RUM sentiasa kekal hebat bukan setakat dulu, kini malah selama-lamanya tidak sekali mengamalkan "YELLOW UNION!", kita akan terus berjuang tanpa kenal erti jemu, biar pun apa sahaja cabaran, akan kita hadapi dengan mengangkat mertabat pekerja, terus berjuang demi Selamatkan Pekerja, Selamatlah KTMB.

RUM ALWAYS RUM

Abdul Razak Md Hassan
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

No comments:

Post a Comment