Bakal terbit suatu hasil kajian yang menghimpunkan kajian terhadap 3 buah kesatuan kebangsaan yang terdapat di Sabah.
Fokus adalah terhadap Iklim Keharmonian Hubungan Industri dan Cabaran Kepimpinan Kesatuan Sekerja.
![]() |
Menjelang 1.5.2024 |
Satu bantahan telah diadakan oleh CAMU pada bulan Mac dan Nov 2023 bagi menyeru agar pindaan terhadap TUA 1959 dikaji semula:
Petikan Bulan Mac
"Kepelbagaian kesatuan yang diperkenalkan kerajaan ini telah mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2017 yang menyatakan kepelbagaian kesatuan sekerja berkenaan dengan pekerjaan sama bukanlah sesuatu yang baik (dari sudut) keharmonian industri.
"Langkah kerajaan meminda akta ini juga melanggar Analisis Kesan Peraturan (RIA) yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 15 Julai 2013 dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 144 mengenai perundingan tiga pihak," katanya.
Sumber : Sinar Harian : https://www.sinarharian.com.my/article/250550/berita/nasional/pindaan-akta-kesatuan-sekerja-1959-timbulkan-ketidakharmonian---camu
Namun tiada perubahan dan tetap dibentangkan di Dewan Rakyat menyebabkan CAMU sekali lagi mengadakan bantahan.
Petikan Bantahan 23 November 2023
Dewan Rakyat meluluskan pindaan itu bulan lalu, dan rang undang-undang berkenaan kini perlu melalui Dewan Negara.
Kira-kira 500 ahli Camu berkumpul di luar Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk membantah pindaan itu.
Presiden Camu, Rudy Rusly, berkata pindaan itu akan membawa kesan negatif, terutama melemahkan suara pekerja.
“Kepelbagaian kesatuan sekerja bawah payung sama hanya akan menghakis perpaduan dalam kalangan pekerja dan seterusnya memecahbelahkan mereka.
“Terdapat juga kemungkinan penubuhan kesatuan boneka atau proksi bagi pihak majikan atau parti politik. Ini melemahkan kuasa tawar-menawar untuk perjanjian kolektif,” katanya.
Rudy berkata, Camu menyeru senator Dewan Negara menolak pindaan itu dan menyerahkannya semula kepada Dewan Rakyat supaya semakan menyeluruh RUU tersebut dapat dijalankan.
Laporan Awani setahun yang lalu
Ditubuhkan pada tahun 2000, Kesatuan Pekerja Pekerja Hotel, Resort dan Restoran Sabah (Sabah Hotel, Resort and Restaurant Employee Union) sehingga kini telah menandatangani beberapa Perjanjian Kolektif.
Ikuti kisah pengenalan mereka
Semoga lebih ramai pekerja hotel, resort dan restoran menyertai kesatuan . Maklumat lanjut sila berhubung dengan SHRREU di alamat berikut:
Sabah Hotel, Resort & Restaurant Employee`s Union
19, Tingkat 3, Blok C, Lintas Square,
Peti Surat 15192
88869 Kota Kinabalu, Sabah.
alamat FaceBook: https://www.facebook.com/people/SHRREU/100067397282452/