Tuesday, December 5

Kepelbagaian Kesatuan

Satu bantahan telah diadakan oleh CAMU pada bulan Mac dan Nov 2023 bagi menyeru agar pindaan terhadap TUA 1959 dikaji semula:

Petikan Bulan Mac

 "Kepelbagaian kesatuan yang diperkenalkan kerajaan ini telah mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2017 yang menyatakan kepelbagaian kesatuan sekerja berkenaan dengan pekerjaan sama bukanlah sesuatu yang baik (dari sudut) keharmonian industri.

"Langkah kerajaan meminda akta ini juga melanggar Analisis Kesan Peraturan (RIA) yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 15 Julai 2013 dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 144 mengenai perundingan tiga pihak," katanya.

Sumber : Sinar Harian : https://www.sinarharian.com.my/article/250550/berita/nasional/pindaan-akta-kesatuan-sekerja-1959-timbulkan-ketidakharmonian---camu

Namun tiada perubahan dan tetap dibentangkan di Dewan Rakyat menyebabkan CAMU sekali lagi mengadakan bantahan.

Petikan Bantahan 23 November 2023

Dewan Rakyat meluluskan pindaan itu bulan lalu, dan rang undang-undang berkenaan kini perlu melalui Dewan Negara.

Kira-kira 500 ahli Camu berkumpul di luar Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk membantah pindaan itu.

Presiden Camu, Rudy Rusly, berkata pindaan itu akan membawa kesan negatif, terutama melemahkan suara pekerja.

“Kepelbagaian kesatuan sekerja bawah payung sama hanya akan menghakis perpaduan dalam kalangan pekerja dan seterusnya memecahbelahkan mereka.

“Terdapat juga kemungkinan penubuhan kesatuan boneka atau proksi bagi pihak majikan atau parti politik. Ini melemahkan kuasa tawar-menawar untuk perjanjian kolektif,” katanya.

Rudy berkata, Camu menyeru senator Dewan Negara menolak pindaan itu dan menyerahkannya semula kepada Dewan Rakyat supaya semakan menyeluruh RUU tersebut dapat dijalankan.

Sumber: FMT : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/23/camu-serah-memo-kepada-pm-bantah-pindaan-akta-kesatuan-sekerja/

Laporan Awani setahun yang lalu


di manakah suara pekerja?


Tuesday, September 19

KeNaLi SHRREU

Ditubuhkan pada tahun 2000, Kesatuan Pekerja Pekerja Hotel, Resort dan Restoran Sabah (Sabah Hotel, Resort and Restaurant Employee Union) sehingga kini telah menandatangani beberapa Perjanjian Kolektif.

Ikuti kisah pengenalan mereka


Semoga lebih ramai pekerja hotel, resort dan restoran menyertai kesatuan . Maklumat lanjut sila berhubung dengan SHRREU di alamat berikut:

Sabah Hotel, Resort & Restaurant Employee`s Union 

19, Tingkat 3, Blok C, Lintas Square,

Peti Surat 15192

88869 Kota Kinabalu, Sabah.

alamat FaceBook: https://www.facebook.com/people/SHRREU/100067397282452/


Monday, September 18

BaCK 2 BaSiCS

 Increasing number of strike which the action by trade union which really represent the concept of collective action.

Situation in USA

Situation in UK


Back to 100 years ago 1926... which economy crisis was in the peak until 1930s.


Friday, April 14

MaRi BeRKeSaTuaN

 Hasil kerja lapangan pada tahun 2022

.
Selepas interview

Mari berkesatuan

Wednesday, January 18

SuaRa MeReKa

 Piket aman oleh pekerja-pekerja SFI yang merupakan ahli kepada Kesatuan Pekerja Pekerja Industri Perkayuan Sabah (Sabah Timber Industries Employee Union - STIEU) pada minggu lepas untuk mendapatkan hak yang telah dijanjikan Nov 2022.


Semoga dipermudahkan dan kehadiran konsortium yang akan dibentuk dapat mengembalikan industri kertas di Negeri Sabah.

Saksikan rakaman di hari kejadian:


Saturday, January 14

Collective Action = Cooperative Culture

 Setahun berlalu dengan tiada banyak coretan di sini, sepanjang tahun 2022 hanya satu coretan. Lalu di tahun baharu ini, dimulakan dengan kisah semangat kebersamaan.

Collective Action in Employment Relationships: An Analysis of Cooperative Culture

ABSTRACT
Collective action is one of the important elements in an employment relationship. The main feature of the action is that it involves cooperation between various community groups to achieve an objective. Among the main actions are collective bargaining and enterprise actions such as strikes and pickets. The element of cooperation shown by employees and employers is a form of exchange of spirit and resembles the culture of mutual cooperation among people in Southeast Asia. Based on these objectives, analysis will be done on the strike launched by the Utusan Malaysia trade union, picketing by the Malayan Railway Workers' Union (RUM) and Collective Bargaining by the Sabah Bank Workers' Union (SBEU). The results of the study show that there is a practice of mutual cooperation in collective actions carried out by workers, especially in increasing solidarity among members. In relation to that, the values of cohesion and unity can be increased which in turn has an impact on the survival of trade unions.